Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mula-Mula Beliau Sibuk Mencari Nama Anaknya Di Meja Pendaftaran, Tapi Secara Tiba-Tiba Dia Rebah Ke Lantai

2 Jan 2018
5 ulasan

2 Jan - Kematian adalah perkara yang pasti dalam setiap kehidupan di muka bumi ini. Tidak kira manusia, haiwan atau tumbuhan semuanya akan merasai mati.

Adakah kita sebagai hambaNya sudah bersedia untuk menghadapi hari kamatian dan berhijrah ke alam yang lain? Kita harus sedar bahawa kematian boleh tiba bila-bila masa sahaja tanpa kita sedari.

Seorang pengguna Facebook menceritakan pengalaman beliau bagaimana beliau melihat kematian yang berlaku secara mengejut di depan mata beliau sendiri.

Beliau yang dikenali sebagai Abu Darwish Yusuff menceritakan kejadian yang berlaku ketika beliau menghantar menghadiri orientasi kanak-kanak Tadika Abim bagi umur 4,5 dan 6 tahun di masjid berhampiran.

Menurut beliau, seorang lelaki yang pada mulanya sedang mencari nama anak-anaknya di meja pendaftaran, tiba-tiba lelaki tersebut rebah ke lantai. namun sempat disambut oleh orang-orang sekeliling.

Gambar Hiasan
Abu Darwish mengambil bantal dan cadar di bilik siak untuk dijadikan alas lelaki tersebut dan baringkannya.

Selepas lima minit lelaki itu rebah, dia mula menggigil dengan mata yang terpejamdan tiba-tiba terus diam dan kaku. Selang beberapa minit selepas itu, wajahnya pucat, kaki dan tangannya mulai sejuk.

Setelah 15 minit, datang seorang doktor dan memaklumkan bahawa lelaki tersebut telah meninggal dunia. Lelaki tersebut dipercayai meninggalkan seorang balu dan dua pasang anak kembar yang berumur 5 tahun dan sepasang lagi baru sahaja dilahirkan beberapa bulan.

Berikut adalah kisah penuh dari Abu Darwish Yusuff untuk dijadikan pedoman buat kita yang masih hidup.

Bismillah.

Bersediakah kita!
----------------------
Saya kisahkan peristiwa yang saya tidak akan lupakan selama lamanya,Semoga menjadi Ibrah kisah tersebut.
Inilah Peristiwa yang pertama kali berlaku di dalam hidupku.

Pagi ini 31.12.2017.(9.30Am) saya membawa anak untuk menghadiri orientasi kanak kanak Tadika Abim 4,5,6 Tahun, Di masjid di tempat saya.

Apa yang berlaku seorang lelaki dewasa duduk di kerusi sambil mencari nama anak-anak beliau dia diatas meja pendaftaran, secara tiba tiba lelaki tersebut rebah.

Sempat lah kami menyambut sebelum dia terjatuh dan memapah beliau pada masanya yang sama lelaki tersebut di dlm keadaan kejang sekitar 5 min.

Lalu saya mengambil bantal dan cadar di bilik siak untuk di jadikan alas lelaki tersebut.

Kemudiaan Kami baringkan lelaki tersebut di atas tersebut.
Sekitar 5 min dia tengah mengigil gigil,mata terpejam. Tiba-tiba dia terus terdiam,aku sangka kan dia pengsan.

Dan beberapa orang sahabat cuba memanggil lelaki tersebut dan kejutkan lelaki tersebut namun tiada respon dari beliau.

Selang beberapa minit saya melihat wajahnya pucat,kaki tangan mula sejuk.

Selang 15 minit datang seorang doctor dam memaklumkan beliau telah meninggal dunia.
Inalillahwainalilahirojiun.




Ya Allah kerdilnya kami.
Ya Allah hinanya kami.

Benarlah Sabda Nabi saw..
أن من أمارات الساعة أن يظهر موت الفجأة
رواه الطبراني في الصغير والأوسط وحسنه الألبلني في صحيح الجامع (5775)

Dari Anas, bahawa Nabi saw bersabda,” Di antara tanda-tanda dekatnya Kiamat ialah munculnya fenomena mati mengejut”. HR Tabrani, disahihkan oleh al-Albani, sahihul Jaami’, no 5775

Beliau Meninggalkan anak 5 Anak.Info Dari jiran Arwah.

1.Dua Anak kembar 5 tahun
2.Dua kembar masih bayi lagi,dan ibunya masih lagi berpantang.

Sedih,hiba melihat anak anak yang datang dengan ayah. Balik kerumah tanpa Ayah.

Semoga Allah Mempermudahkan urusan mereka.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  5. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "