Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Memang Tak Sedar Pun Mengandung, Tahu-Tahu Dah Nak Bersalin" Lima Tahun Tunggu Zuriat, Ibu Tidak Sedar Telah Hamil 9 Bulan

8 Jan 2018
Impian setiap pasangan ingin memiliki zuriat sebagai penyeri rumah tangga.  Namun ada juga yang tidak bernasib baik menunggu detik bermakna buat mereka.

Lain pula buat kedua pasangan, Nik Salleh, 38 dan Suzana Sulaiman, 43 yang tidak menyedari kehadiran cahaya mata selama 9 bulan dan hanya sedar apabila Suzana mengadu sakit perut dan mengalami pendarahan pada 19 Disember lalu.

Perkongsian daripada Muhammad Azrie Bin Amirudin menerusi akaun Instagramnya menarik perhatian ramai pihak.  Betugas sebagai 'dressar' di Unit Kecemasan Hospital Pekan Pahang, lelaki ini menceritakan pengalamannya.

"Saya ingatkan hanya sakit biasa sebelum saya dimaklumkan oleh doktor, Suzana sebenarnya sakit nak bersalin".



"Terkejut, gembira semuanya ada.  Bayangkanlah kami sekeluarga termasuk isteri tidak sedar pun yang dia membawa nyawa si kecil dalam kandungan selama sembilan bulan. Ketika di hospital, doktor lakukan pemeriksaan dan buat imbasan, ternyata isteri sebenarnya mengandung dan sudah sampai masa untuk melahirkan," katanya ketika dihubungi.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga lima tahun lepas pada Jun 2012.  Menurut suami, mereka memang tidak menyedari sebarang perubahan fizikal yang dialami isterinya kerana badan yang sedikit berisi dan putaran haid tidak menentu.

"Memang tak ada apa-apa. Terkejut. Tiada persediaan langsung sebab memang tak tahu. Jadi adik ipar saya terpaksa bergegas ke pasaraya untuk membeli pakaian bayi.

"Alhamdulillah syukur dengan anugerah terindah ini. Saya berharap agar anak saya membesar dengan sihat," katanya.

Suzana selamat melahirkan secara normal dalam masa 10 minit tepat 9.32 pagi selepas dirujuk kepada Pakar Ginekologi.  Kedua-dua mereka selamat sebelum dipindahkan ke wad dan dibenarkan pulang pada 24 Disember lalu.  Bayi dengan berat 2.88kg disahkan sihat dan cukup bulan.



Nik Alisha Solehah, nama diberi kepada cahaya mata yang dianggap ajaib bagi kedua pasangan ini. Suzana kini masih dalam rawatan berpantang di rumah keluarganya di Kampung Padang Manggis, Pekan, Pahang.

"Dahulu kami berdua, sekarang sudah bertiga. Memang tiada sesiapa pun yang sedar isteri saya mengandung sehinggalah dia melahirkan Nik Alisha Solehah," katanya yang bekerja dengan Majlis Daerah Pekan.

"Kejutan ini juga adalah hadiah hari lahir buat isteri saya iaitu pada 31 Disember dan dia ada beritahu saya yang dia gembira kerana tiba-tiba sudah menjadi ibu.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. dressar tu jawatan apa admin? tak pernah dengar poun.. minta pencerahan.

    BalasPadam
  2. Tahniah untuk keluarga yang menimang cahayamata.

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "