Sebanyak lebih 18,000 jumlah kemalangan direkodkan di seluruh negara pada tahun lepas berbanding 15,527 kemalangan pada tahun 2016. Jumlah kemalangan ini semakin meningkat disebabkan jumlah kenderaan yang bertambah setiap hari di jalan raya dan juga sikap pengguna jalan raya yang dilihat mementingkan diri sendiri dengan memandu secara laju dan berbahaya.
Lain pula dengan pemuda ini yang sangat prihatin akan keselamatan pengguna jalan raya lain dengan merisikokan dirinya untuk mengutip bumper kereta yang tercabut ditengah-tengah highway Ipoh. Sikap seperti ini harus dijadikan contoh, walaupun bagi sesetengah orang nampak mudah tapi ia mampu menyelematkan nyawa orang lain. Aksi beraninya itu dirakam serta dikongsi melalui Facebook Muhamad Nur Ismail malam tadi dan mendapat pujian rakyat Malaysia.
Dalam perjalanan nak ke Selatan tanah air area Ipoh. Dok tak dok member suruh berenti tepi, Gila ka apa tengah keta laju-laju tu suruh berenti. Dia turun moto terus lari pi lane sebelah. Rupanya baru perasan, ada bumper sapa tah tertanggal atas highway.
Bila tanya dia balik. "Hang gila ka apa? Tengah-tengah highway keta laju-laju boleh hang lintas pi kutip benda tu. Tunggu la plus mai kutip." Dengan muka selamber dia jawab.
"Dan depa nak kutip ada dah orang tibai benda tu. Aku dah penah rasa pecah lampu tibai benda atas hgway. Tu tara aku naik keta, kalau moto mau tak tergolek orang?? Hari ni kita ubah benda tu mungkin dapat selamat 1 nyawa. Mana tau kedepan org lain pulak buat dapat selamat nyawa kita."
Sentap beb. Aku tak berani kot nak lintas highway
Salute sama hang otai
Bikers kental
Salute dgn hang... Bikers penang Mantaro Resdong's..
Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
BalasPadamInfo lanjut 7ACD8560
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe