Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Lipat Baju Anak Pun Ikut Jenis, Ada Baju Malam Ada Baju Siang,'', Hebatnya Wanita Bergelar Ibu Dan Isteri, Mampu Urus Semuanya

3 Jan 2018
4 ulasan

Buka sekolah baru-baru ni, antara siibu dengan si ayah, siapa yang paling kelam kabut uruskan semua? Soal kelengkapan seperti beg, baju dan alat tulis anak-anak, siapa yang fikirkan semua tu? Mesti siibu kan? Itulah kehebatan seorang wanita, boleh uruskan semua benda dalam satu masa dan tak lepas pandang walau satu hal pun.

Itu belum kira lagi soal keperluan harian anak-anak, semuanya dia uruskan. Hingga nak kemaskan baju anak-anak pun disusun ikut jenis pakaian, jenis warna dan saiz. Supaya senang nak pilih dan bila anak pakai, nampak tak janggal. Betul tak?

Sama macam kisah yang dikongsikan oleh pendakwah bebas ini, Ustaz Ebit Lew. Perkongsiannya memang sarat dengan pengajaran yang boleh diambil iktibar, terutamanya buat sang suami. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah.

Sumber: shakinafarhan

Suka dengar cerita anak-anak balik sekolah. Semua bercerita pada bidadari saya. Yang anak perempuan cerita beg sekolah sama dengan orang ini. Bekal air macam adiknya. Kasut begini-begini, yang anak lelaki cerita berapa orang kawan barunya.

Umi nya pun layan bersungguh-sungguh. Yeker tuler umi pun dengar nenek dia kata sama jenis beg. Sebak, sangat hebat wanita. Ingat mak saya dulu layan saya begitulah. Begitulah wanita, mak-mak. Mereka terperinci satu-satu. Bukan pakai beli. Semuanya ada tujuan dan sebab.

Ingat seluar jer dan baju jer. Ada seluar malam. Seluar siang. Baju malam. Baju siang. Baju jalan. Baju dekat rumah. Supaya tak panas. Supaya tak sejuk. Supaya takde nyamuk. Supaya anak tak nampak pelik. Seluar biru baju hijau. Masa lipat ikut jenis. Ikut warna. Seluar dekat sekolah, seluar main, seluar kalau tinggal kat orang, seluar spare.Ya Allah, kalau saya lipat nak cepat siap jer. Kita semua nak cepat-cepat lepas tu tak jumpa cari.

Tadi dekat sekolah saya tanya cikgu dah ambil photostat surat beranak anak yang 4 tahun ini. Cikgu perempuan ,cepat-cepat buka beg anak. Bahagian mana photostat tu ustaz. Saya dah gelak. Sebab wife yang kemas beg baru anak tu. Beg anak semua wife kemas. Mana lak yer letak. Hehe, dalam tu macam-macam ada.

Cepat-cepat jawab. Cikgu lain dah ambil agaknya sebab tadi ada pesan masa ramai-ramai orang. Tersenyum seorang diri, malunya ya Allah. Bidadari saya yang kemas semua tu.

Abang sebelah saya lak tanya ini pensil dan barang siapa yer cikgu. Sebab anaknya pegang. Cikgu lak pening. Memang ada dalam beg tu kot abang. Oh yeker, takper-takper cikgu. Nanti saya balik tanya isteri saya.

Saya dah gelak dah. Ya Allah semua suami nak tanya isteri. Sayang katner yer? Ini dekat mana? Pagi-pagi anak siap-siap cari baju sekolah. Ayah pun tanya isteri. Sayang mana kopiah abang? Ayah pun macam baru nak masuk sekolah hari pertama.

Begitulah wanita. Anak sekolah. Mereka dah risau fikir dari tahun lepas lagi. Dah 2 tahun fikir. Mana bekal air. Mana stokin. Mana baju dalam. Mana beli tempah label nama supaya barang kurang hilang dan tertukar. Aduh banyak lagi ni kena belajar.

Rindu mak tercinta. Terima kaseh sayang buat abang ketawa hari ini sambil menangis. Benarlah wanita itu pelengkap dan tunjang hidup seorang lelaki.

Ya Allah, rahmatilah ampunilah sayangilah ibuku, bidadariku. Berkatilah semua wanita di dunia ini. Begitu indahnya ciptaanMu ya Allah.


Sumber : Ebit Lew
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  3. www.fanspoker.com poker online terpercaya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "