Rentetan ketidakpuasan hati rakyat Malaysia mengenai isu kenaikan minyak petrol terus mendapat respon ramai pihak.
Perkongsian lelaki ini menerusi laman Twitternya tentang cara-cara menjimatkan minyak petrol telah mendapat lebih daripada 12,000 perkongsian dalam masa 2 hari. Dia berkongsi pengalamannya yang memandu dari Johor Bahru ke Shah Alam dengan isian minyak tidak sampai separuh tangki kereta Myvinya.
Tips lelaki ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Malaysia merancang perjalanan dengan meminimumkan penggunaan minyak serta dapat menjimatkan duit korang!
#1 Guna RON97 untuk perjalanan 'long-distance'
Walaupun harga RON97 lebih mahal daripada RON95, tetapi ianya lebih jimat dan dikatakan minyak hijau mampu membuatkan kereta anda pecut lebih sedap. Tapi jangan pula pecut lebih daripada had yang ditetapkan kalau taknak sampai surat cinta dekat rumah ya.
#2 Elakkan tekan pedal gas terlalu keras
Dengan tekanan pedal gas yang kuat, ianya akan memberikan kesan kepada minyak anda. Semakin keras tekanan pedal, semakin banyak penggunaan minyak yang digunakan. Jadi, korang perlu tahu cara yang efisen untuk tekan pedal kereta korang tu.
#3 KEKALKAN KELAJUAN lebih efisen daripada MENGUBAH KELAJUAN kereta anda
Satu kajian daripada Natural Resources Canada menunjukkan bahawa mempercepatkan kelajuan 75km/j dan 85km/j setiap 18 saat dapat meningkatkan penggunaan bahan api sebanyak 20%.
Tips naik bukit dari @helm1zuhairi, "when you going uphill, tak perlu maintain speed, just maintain the pressure on the gas pedal and when you going downhill pulak, kalau nak dapat speed tu tekan la sikit je. But if you're on the right speed, just lepaskan your foot on the gas pedal"
#4 Kelajuan lebih 120km/j membunuh isian minyak anda!
Daripada perkongsian lelaki ini, dengan jumlah jarak daripada Johor Bahru ke Shah Alam sebanyak 335km, dia hanya menggunakan 17.45 liter minyak RON97 bersamaan dengan RM44.20 sahaja dan kos keseluruhan perjalanan termasuk tol hanya RM88.70! Bak kata Dato' Seri Aliff Syukri, terlajakkkkk jimat. - Siakapkeli.my
Sumber: Twitter @helm1zuhairi
ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
BalasPadammenangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^