Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kepada Anda Yang Sedang Bercadang Menjelajah Ke Jepun, Fahrin Ahmad Sedia Jadi Pemandu Pelancong Anda

3 Jan 2018

Confirm ramai antara kita yang selalu dengar tentang betapa awesomenya melancong ke Jepun. Tak kiralah dari segi sifat rakyatnya yang sopan, rakyat kuat tulang, makan mentah, anime, musik, ultraman dan macam-macam lagi. Tapi kita juga selalu dengar nak ke sana susah sikit kalau tak tahu bahasa Jepun kan? Yelah, orang sana mana speaking.


Lagi satu masalah yang selalu kita dengar pasal melancong ke Jepun adalah kat sana barang dan makan agak mahal, terutamanya untuk orang Islam. Walaupun komuniti Islam di sana agak ramai, namun tak dapat dinafikan mencari makan di Jepun bukanlah sesuatu aktiviti yang mudah.

Kepada anda yang sedang merancang untuk ke Jepun, adalah lebih baik untuk anda mengkaji dan kenali tempat-tempat menarik di sana terlebih dahulu. Anda boleh buat research di Youtube misalnya, ataupun menonton satu rancangan jelajah baru dari Astro iaitu Jom Jalan Japan.


Sepanjang 5 episod yang akan ditayangkan, Jom Jalan Japan akan dihostkan oleh Fahrin Ahmad, dijadualkan siarannya bermula 8 Januari 2018. Rancangan penjelajahan ke Jepun ini akan diterbitkan di Astro Ch.725 (Nat Geo People), Ch.133 (Astro Bella) dan Astro Go. Yang lagi menarik, JJJ merupakan sebuah rancangan yang mendapat kerjasama daripada kerajaan Jepun sendiri.


Rancangan yang bersiaran selama satu jam ini akan dipertontonkan dengan pengembaraan Fahrin ke tempat-tempat wajib seperti di Tokyo, Tochigi, Ibaraki dan Gunma. Fahrin juga akan membawa kita melihat kawasan-kawasan rare di Jepun seperti Utsunomiya, Tochigi, kawasan tanah tinggi dengan permandangan indah, sangat Instagram worthy!

Selain itu, keadaan musim sejuk di Jepun turut membawa Fahrin untuk mengembara di kawasan gunung yang terletak di Kusatsu, Gunma yang cukup popular dengan Natural hot springs.


Dalam rancangan ini, Fahrin juga akan mendalami kehidupan masyarakat Jepun terutamanya penduduk kampung tempatan di sekitar Tokyo. Selalu kita tengok travellers pergi tempat-tempat cliché je kan, kali ini lain sikit.

Menariknya Jom Jalan Japan turut membawa penonton untuk meneroka dan mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan agama Islam di Bandar Tokyo. Dalam segmen ini, Fahrin menjelah ke beberapa masjid yang terbina di Tokyo. Selain itu, Fahrin juga akan memperkenalkan beberapa port makan halal di negara matahari terbit itu, so lepas ni senang sikit lah kalau melancong ke Jepun bila dah ada recommendation tempat-tempat rare kat sana kan.


Bagi anda yang suka travel dan berazam untuk melancong ke negara Jepun, jangan lupa temujanji anda untuk menonton episod pertama Jom Jalan Japan yang akan bersiaran pada 8 Januari 2018 ini.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  2. b0la, c4sin0, CMDbet, t4ngkas, s4bung 4yam, dll ada di F4ns Bett1ng, mari buruan daftar..

    BalasPadam
  3. www.fanspoker.com poker online terpercaya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  5. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "