Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Kata Kotak Keropok, Saya Kena Soal Dengan Kastam Australia Macam Penyeludup,'' Wanita Dakwa Dianiya Pekerja Agensi Perlancongan

17 Jan 2018
2 ulasan


Melancong merupakan suatu aktiviti yang seronok dan gembira. Semakin jauh perjalanan, semakin luas pandangan. Oleh itu, ada orang yang suka melancong ke luar negara bagi melihat budaya luar dan rupa bentuk negara lain. Sekiranya tiada perancangan awal atau jadual perancangan yang rapi, pasti membawa masalah.

Disebabkan itu, banyak agensi pelancongan yang menawarkan perhidmatan untuk bercuti di luar negara. Walaupun sedikit menelan kos, namun perjalanan kita akan menjadi lebih mudah dan tersusun. Dalam hal ini, pentingnya memilih "travel agency" yang boleh dipercayai.

Tular di laman facebook, perkongsian daripada Rohani Md Arshad AO. Beliau telah memilih untuk bercuti di Australia melalui sebuah agensi pelancongan. Isunya bukan menipu duit pelanggan, tapi tindakan dari seorang petugas agensi itu yang menimbukan kecurigaan beliau.

Siapapun akan merasa risau dan takut sekiranya berada dalam situasi ini. Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah.

Pakej ke Perth Australia 25-29hb november 2017... pada malam 25hb November 2017 menunggu petugas untuk urusan check in... klia 2.

Semasa check in, petugas tiba2 meletakkan kotak kiriman untuk disampaikan kepada wakil mereka di Perth. Saya tidak berpuas hati... kenapa kotak diletakkan bersama beg2 saya. 

Beliau lantas bertanya kepada petugas tersebut, tapi jawapan yang diterima hanyalah kiriman kotak biasa berisi barang.

Jawapan petugas itu, ''Kami selalu kirim koropok milo sebab disana susah nk dapat''.

Beliau turut menegaskan yang beliau tidak suka dengan kiriman tersebut. Namun petugas itu tetap mengiyakan isi kotak hanya keropok setelah ditanya berulang.

Saya tak suka kirim2 ni... saya tak tahu apa isinya... betul keropok.. tanya saya...  Betul kak... jawab petugas itu.

Setibanya beliau di Perth, terbongkar kotak tersebut bukanlah berisi seperti apa yang dikatakan oleh petugas itu.

Sampai Perth... saya ambik beg2 saya sahaja. Lupa kotak.. check in homestay. Kembali semula ke airport nk tuntut kotak.. kastam soal jawab ...undeclared.. rupa rupanya dalam kotak ada 26k AUD.

Beliau turut meluahkan rasa tertekan kerana percutian yang seharusnya dinikmati mnenjadi mimpi ngeri kerana risau tindakan akan diambil ke atas beliau sepanjang berada di sana.

Saya kecewa dilibatkan begini. Meletakkan saya dalam bahaya di negara org dengan melanggar undang2 di sana... Percutian yang sangat2 teruk. Berada dalam keadaan tidak selesa..takut trauma dan fobia... kalau2 tindakan undang2 diambil ke atas saya.

Setelah pulang ke Malaysia, beliau mengambil tindakan dengan bertanyakan perkara itu kepada wakil agensi pelancongan bagi mendapatkan penjelasan. Tetapi jawapan yang diterima menghampakan beliau. Berikut merupakan screenshoot perbualan antara mangsa dan wakil agensi pelancongvan tersebut.










Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Ayo dukung team Anda bersama saya di Upd4te Bett1ng
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. Mari bergabung dengan saya di www*F4nsBett1ng*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "