Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Bersin Sambil Tutup Mulut, Risiko Belakang Tekak Terkoyak Dan Saluran Darah Pecah

22 Jan 2018
Gambar Hiasan
20 Jan - Adakah anda selalu menahan daripada bersin? Tahukah anda, kajian terbaru mendapati cubaan menahan bersin sebenarnya membahayakan tubuh badan bahkan tidak sihat untuk kesihatan.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan tekak, malah gegendang telinga atau saluran darah dalam otak anda mampu pecah dari tindakan menahan bersin. Kajian ini telah dijalankan dan diterbitkan menerusi jurnal perubatan BMJ Case baru-baru ini.

Menurut pengkaji tersebut, apabila seseorang sengaja menahan bersin, ia akan mewujudkan tekanan kuat dalam tubuh. Kes begini pernah terjadi kepada seorang lelaki dari Britain berusia 34 tahun.

Pesakit itu dilaporkan terpaksa pergi ke sebuah hospital di Leicester, untuk mendapatkan rawatan kecemasan selepas mengadu rasa bengkak dan mengalami sakit yang agak teruk di bahagian leher.

“Lelaki itu menggambarkannya seperti berasa ‘letupan’ pada bahagian leher selepas beliau menahan bersin dengan memicit hidung sambil menutup mulut secara serentak,” kata doktor menerangkan kajian yang diterbitkan itu.


Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) kemudian mengesahkan apa yang terjadi kepada lelaki itu ialah badannya menerima tekanan yang kuat akibat daripada tindakan pesakit itu menahan bersin sehingga menyebabkan belakang tekak mangsa terkoyak.

Lelaki itu tidak mampu untuk menelan makanan kerana kesakitan yang dialami di bahagian tekak yang kritikal. Dia dimasukkan ke wad dan pihak hospital memberinya makan dan ubat melalui tiub sehingga sakit ditekaknya beransur pulih.

“Mujur beliau bertuah apabila dibenarkan pulang selepas seminggu dirawat. Menahan bersin dengan menutup mulut dan hidung adalah satu perbuatan yang berbahaya dan harus dielak,” kata doktor menerusi jurnal itu.

Punca bahayanya menahan bersin ialah, boleh menyebabkan udara terperangkap antara paru-paru dan mampu memecahkan aneurisme serebrum, iaitu keadaan saluran darah menjadi bengkak seperti belon di dalam otak.

Kepada pembaca yang menjadikan menahan bersin sebagai tabiat, hentikan tabiat buruk itu atau anda terpaksa menahan sakit di hospital. -


Siakapkeli.my

Sumber: CBS Pittsburgh
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "