Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ibu Kandung Anak Angkat Itu Seorang Yang Kurang Siuman," Kisah Kekeluargaan Yang Menyentuh Hati Seakan Drama Melayu

11 Jan 2018
3 ulasan

11 Jan - Apa yang ingin disampaikan oleh penulis dalam artikel kali ini mungkin anda hanya akan jumpa kisah sebegini seperti di dalam drama pukul 7, sinetron atau telenovela sahaja.

Kisah yang ingin disampaikan ini juga sangat jarang berlaku disekeliling anda. Benarkan penulis memulakan artikel ini dengan sedikit gambaran yang sering diangkat di dalam drama melayu zaman moden ini.

Pernahkah anda melihat sebuah drama yang sinopsisnya seorang anak diserahkan kepada pasangan suami isteri yang terlalu inginkan anak.

Gambar Hiasan
Ibu bapa kandung anak ini pula kebiasaannya miskin ataupun terpaksa diserahkan atas perjanjian tertentu. Mesti dah biasa kan? Sebab jalan cerita seperti itu sangat tipikal di Malaysia

Benar, babak seperti itu sudah menjadi terlalu 'common' untuk dibualkan. Tetapi sangat 'thrill' jika babak itu terjadi secara kebetulan di dunia realiti.
Ya, kisah itu dah terjadi dan kisah itu telah dibebenangkan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Daud Aiman. Kisah ini juga dikatakan telah berlaku beberapa tahun yang lalu di kampung Daud Aiman sendiri.

Menurut Daud, seorang suami isteri dari Selangor telah datang ke kampungnya dalam keadaan menangis sedang mencari ibu bapa kandung kepada anak angkatnya untuk memberitahu bahawa anak kandung mereka sudah meninggal dunia.
Gambar Hiasan
Menariknya, keluarga angkat kepada anak ini tidak mengetahui asal-usul ibu bapa kandungnya adalah pasangan yang gila.

Ketika keluarga angkat ini mencari keluarga kandungnya, penduduk kampung tidak sampai hati ingin menceritakan kisah yang sebenar.

Tambah Daud lagi, walaupun ibu bapa kandungnya orang yang kurang siuman tetapi dengan takdir Allah, anak ini dilahirkan dengan sifat yang sempurna.

Gambar Hiasan
Selepas anak ini tinggal bersama keluarga angkatnya, anak ini dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat penyakit yang tidak dapat dipastikan.

Jom ikuti perkongsian yang ditulis oleh Daud Aiman menerusi bebenang Twitternya yang mungkin dapat membuka minda pembaca dan mungkin boleh memberi ilham kepada penulis skrip untuk menjadikan kisah ini sebagai filem atau telemovie. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..

    BalasPadam
  2. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "