Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Hadiah' Paling Bermakna Dari Isteri Selepas 16 Tahun Menunggu Sebelum Pergi Untuk Selamanya

2 Jan 2018
4 ulasan

Batu Pahat: Seorang isteri di Taman Soga, di sini, sempat melahirkan satu-satunya anak perempuan yang sekian lama ditunggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Roslina Ariffin, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas kira-kira jam 2 pagi dua hari lalu, selepas melahirkan anak kelimanya, Nur Aishy Amanda, 21 hari lalu.

Suami Allahyarham, Azrow Othman, 43, berkata, dia tidak menyangka isterinya meninggalkan mereka selepas melahirkan anak bongsu.

Katanya, isterinya yang melahirkan anak bongsu menerusi pembedahan tiada penyakit atau sebarang masalah ketika mengandung.

Empat lagi anak pasangan berkenaan adalah lelaki berusia antara 5-16 tahun.

"Namun kira-kira jam 11.45 malam tadi, isteri tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum pengsan. Saya membawa isteri ke sebuah hospital swasta, namun doktor mengesahkan isteri meninggal dunia jam 2 pagi.

"Saya tidak sangka isteri akan pergi selepas 19 hari melahirkan anak bongsu yang juga satu-satunya anak perempuan yang sudah kami nantikan sejak empat tahun lalu.

"Saya sendiri buntu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan tanpa isteri di sisi," katanya kepada BH ketika ditemui di rumahnya.

 Anak sulung arwah, Muhammad Aniq Azriel, 16, berkata mengikut perancangan ayah, arwah ibu serta adik beradiknya yang lain hendak menghantarnya pulang ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian hari ini.

"Namun tidak sangka ibu akan pergi meninggalkan kami adik-beradik termasuk Baby (Nur Aishy) dan tidak sempat menghantar saya ke MRSM seperti selalu, " katanya.

Sementara itu, Azrow turut dilihat tidak mampu menahan kesedihannya apabila beberapa kali menangis ketika menceritakan kisah isterinya kepada wartawan BH.

Sumber: Berita Harian

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "