Setiap ibu bapa pasti mahu anak mereka menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Sekiranya anak melakukan kesalahan, mendidik dengan cara memberikan hukuman adalah perkara biasa yang dilakukan ibu bapa terhadap anak-anak.
Namun, apa yang dilakukan oleh seorang ibu di China ini telah menimbulkan kritikan netizen yang menganggap hukuman itu terlalu kejam. Dalam rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial, wanita itu kelihatan membawa motosikal jenis skuter sambil menyeret anaknya di belakang dengan kedua-dua tangan diikat.
Wanita itu yang mengaku sebagai ibu kanak-kanak itu, memberi alasan bahawa anaknya terlalu nakal dan apa yang dilakukannya hanyalah untuk memberi pengajaran. Dia juga dipercayai telah menjalankan hukuman itu terhadap anaknya selama beberapa hari.
Menurut saksi, budak lelaki itu menangis ketika diseret ibunya di atas jalan. Mereka yang melihat kejadian itu, turut meminta wanita itu memberhentikan motosikal, namun tidak dipedulikan.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Zhaotong, wilayah Yunnan China.
Namun, apa yang sebenarnya berlaku hingga si ibu tergamak memberikan hukuman yang keras terhadap anaknya itu?
Namun, apa yang sebenarnya berlaku hingga si ibu tergamak memberikan hukuman yang keras terhadap anaknya itu?
Menurut sumber, sebelumnya polis telah mengeluarkan kenyataan pada 16 Januari lalu, bahawa ada seseorang yang melaporkan kehilangan wang sebanyak 2,000 yuan (RM1226.74) di kediaman mereka. Polis mengesahkan bahawa terdapat seorang kanak-kanak lelaki telah mengaku mengambil wang tersebut.
Jelas sumber, setelah mengetahui kesalahan anaknya, wanta itu cuba membuatkan anaknya faham bahawa apa yang dilakukan itu adalah salah. Dia juga menegaskan sekiranya anaknya itu tidak belajar dari kesalahan, wanita itu akan meningkatkan hukuman itu menjadi lebih berat.
Setelah melakukan penyiasatan, polis berkata wanita itu telah sedar bahawa dia tidak sepatutnya menghukum anaknya dengan cara sebegitu walaupun bertujuan baik untuk mendidik. Laporan itu turut mengesahkan bahawa kanak-kanak lelaki itu berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber : The Epoch Times
Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
BalasPadamdepo/wd hanya 50rb saja
Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
BalasPadamminimal depo/wd hanya 50rb
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
BalasPadamagen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877