Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengakuan Bekas Mak Nyah: 23 Tahun Jadi Pondan, Hidayah Itu Milik Allah

27 Jan 2018
3 ulasan
Golongan pondan atau 'mak nyah' ini sering dikecam rakyat Malaysia kerana tidak pernah diterima dalam masyarakat.  Namun golongan seperti ini mereka lebih mendorang menjalani kehidupan selari dengan naluri tanpa mempedulikan pandangan serong masyarakat terhadap mereka.  Mereka lebih selesa meneruskan kehidupan seperti apa yang dirasai kerana bagi mereka, ia lebih penting daripada menganggu dan menyakiti hati orang lain.

Perkongsian daripada bekas pondan, Harry yang menceritakan jatuh bangunnya selama dia ingin berubah dan berhijrah ini mendapat perhatian ramai.  Daripada apa yang dikongsinya membuka mata ramai pihak bahawa bukan mudah buat mereka untuk berubah.  Banyak benda yang mereka harus korbankan, dari segi emosi, rohani dan fizikalnya.  Ikuti cerita penuh daripada Harry Zulkifli ini yang berkongsi pengalaman dan dugaan yang dihadapi sepanjang prosesnya untuk berhijrah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya Harry Zulkifli berusia 26 tahun. Berasal Kuching Sarawak dan kini menetap di tanah semenanjung Kuala Lumpur hampir 5 tahun. Saya bekas seorang MAKNYAH dan saya tergerak hati untuk menulis sedikit perkongsian yang mungkin boleh membantu beberapa rakan saya di luar sana terutamanya para remaja. Berdasarkan pengalaman dan apa yang saya lalui, wajar untuk saya kongsikan kisah pahit manis ini.


Saya dulu bukan seorang yang menjaga solat dan hidup saya penuh dengan maksiat. Sepanjang 23 tahun saya hidup, beberapa kali saja saya solat jumaat. Mungkin kurang 10 kali. Dan dulu tidak pernah sekalipun lengkap 5 waktu solat saya untuk sehari. Demi Allah. Saya bukan nak buka aib sendiri. Tetapi ini hakikat hidup saya yang dulu. Macam2 cara saya buat tapi semua tak jadi. Sampailah saya cuba untuk lari menyendiri dan sedaya upaya menjaga solat walaupun pada mulanya penuh dengan perasaan " terpaksa ". Tahun pertama selepas saya berhijrah, saya masih tidak dapat menjaga solat dan masih melakukan banyak perkara2 yang buruk (maksiat). Cuma sedikit kurang berbanding sebelum berhijrah. Sehingga saya kurang yakin dengan penghijraan saya pada masa itu. Saya masih terikut ikut dengan perangai saya yang lama. Tetapi hampir setiap hari hati saya terdetik untuk terus berubah. Saya pelik.! Saya ambil langkah untuk menjauhkan diri dari semua kawan dan saya bawa haluan sendiri tanpa berita. Family pun saya jarang contact. Jujur saya tidak kuat masa ini. Dasyat sangat ujian yang Allah SWT bagi. Perasaan yang tidak tentu, sunyi dan didatangi dengan pelbagai masalah.

Ini fasa yang paling saya risau. Masalah bertubi tubi datang sampai saya hilang arah. Saya ambil langkah dekatkan diri dengan Allah dan keluarga adalah tempat saya mengadu. Biasalah lumrah manusia, bila dalam masalah baru ingat Allah, baru ingat keluarga. Banyak kali saya minta ibu dan kakak saya untuk mendoakan kebaikan untuk saya dan saya banyak bergantung nasihat beberapa orang rakan karib saya. " Hebat dugaan time ni masyaAllah.! " Memang Allah bagi ujian ini supaya saya sujud selalu pada Dia. Saya tukar environment saya, saya banyak mintak nasihat beberapa orang yang arif berkenaan ilmu agama. Bila saya jaga beberapa perkara wajib yang Allah suruh, saya perasan yang saya semakin kuat untuk berubah. Saya selesaikan segala masalah saya satu persatu. Saya berhenti mengambil pil perancang ( hormon ), saya potong rambut saya semakin pendek, saya berhenti pergi ke club, saya berhenti buat benda terlarang dan saya berjaya buang segala "hobi" buruk saya dahulu. Demi Allah semua ini makan masa lebih kurang 2 tahun setengah.

Benar, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan susun hidup kita satu persatu. Allah temukan saya dengan orang2 yang hebat.! Allah rapatkan hubungan saya dengan keluarga saya di kampung. Allah berikan rezeki dari bermacam macam sumber. Allah bagi saya rakan2 yang baru. Dan paling hebat, Allah bagi saya sokongan hebat dari kawan2 lama saya. Saya selama ini lari dari kawan2 sebab malu dengan penghijrahan sendiri. Rupa rupanya majoriti di antara mereka paham dan Alhamdulillah hubungan saya dengan mereka semua masih akrab. Allahuakbar.! Sekarang saya tahu, semua orang berniat untuk berubah menjadi yang lebih baik, akan terlintas di dalam hati masing2 untuk berhijrah. Tidak kira sesiapa pun. Tetapi mungkin tidak tahu cara yang betul2 sesuai pada diri.

Nasihat saya sebagai sahabat, jangan paksa diri untuk berubah secara drastik. Langkah paling baik, tukar environment kita untuk sementara waktu. Banyak muhasabah diri, mintak kat Allah satu persatu. Memang sunyi waktu ni, tetapi percayalah, Allah ada dengan kita time ni. Sangat dekat Allah dengan kita. Allah tahu kita tidak kuat lalui sorang2. Allah sebenarnya nak pimpin hati kita. Allah nak hadiahkan hidup yang baru. Hati yang baru. Sesuatu yang hebat sedang menunggu. Demi Allah, sumpah atas nama Allah yang Maha Agung.! Ini benar2 betul. Lama kelamaan mesti kita akan bertambah kuat. Bertambah yakin.! Masa ini lah kita jumpa balik environment dan kawan2 kita. Jangan buang kawan pulak. Mintak maaf dengan semua, bagitau perkara yang betul. InsyaAllah ramai yang akan paham. Buang rasa malu. Sebenarnya kalau difikirkan, tidak ada siapa yang nak marah kalau kita buat benda yang baik. Cuma jangan kita bongkak, jangan kita riak membandingkan diri dengan sesiapa. Jangan buat sesiapa terasa hati . Itu paling penting.



Sebenarnya ramai yang menjaga solat. Saya yakin anda semua lebih banyak amalan2 yang baik. Cuma saya berkongsi lebih pada jalan cerita hidup saya. Saya yakin yang menjaga solat ni, hidup mereka jauh lebih baik daripada apa yang pernah saya lakukan dulu. Itu perbezaan jelas kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah. Maafkan saya, bukan niat saya bercerita yang baik2 saja tentang diri saya. Saya tahu ramai yang terdetik hati tapi tidak yakin dengan diri sendiri. Kalau saya boleh, sahabat semua mesti boleh. Kita buat bukan kerana orang lain. Kerana Allah dan kerana ibubapa kita yang banyak berdoa akan kebaikan dari kita.

Dulu ramai sangat kata saya tidak boleh berubah. Saya pun kata saya tidak akan berubah sampai bila2. Tapi bila kita mula yakin.! Kita mesti akan dapat berubah satu hari nanti. Akhir kata, saya harap masyarakat kita jangan berkeras dan beri pendekatan yang baik terhadap kami semua. Jadikan kami kawan baik anda. Dan InsyaAllah dengan pendekatan yang lembut, saya sangat yakin ramai akan berusaha berubah ke arah yang lebih baik. Maafkan saya kalau ada menyinggung perasaan mana2 pihak. Saya sekadar bercerita pengalaman penghijraan saya. Harap jangan dikaitkan dengan sesiapa. Saya bukan nya baik sangat. Masih belajar erti kehidupan sebenar. Niat saya untuk bantu rakan2 saya yang mungkin ingin bersama sama mencari redha Allah SWT. Kita hidup di dunia tidak lama. Tidak salah kiranya kita saling usaha untuk kebaikan diri kita sendiri. InsyaAllah. Saya Sayang semua. Terima kasih sebab sentiasa mendoakan saya dan semua. Saya harap Allah jaga dan sayang kita semua. InsyaAllah.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo Dukung Team Anda Bersama Kami di www(dot)Upd4teBett1ng(dot)com
    depo/wd hanya 50rb saja

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam

  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "