Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gempa Bumi 7.6 Magnitud Di Laut Caribbean, Pusat Amaran Tsunami Pasifik Keluarkan Amaran Tsunami Dengan Ombak Setinggi 3 Meter

10 Jan 2018

Gempa bumi berkekuatan 7.6 magnitude melanda lautan Caribbean, mencetuskan amaran tsunami di beberapa pulau berdekatan termasuklah Pulau Virgin di Amerika Syarikat (AS), Puerto Rico dan Jamaica.

Gegaran bermula pada Selasa yang berlaku pada pukul 9.51 malam, hanya 25 batu daripada pantai Pulau Great Swan di Honduras.

Agensi Pemantauan Geeological AS melaporkan bahawa pusat gegaran mempunyai kedalaman 6.2 batu.

Manakala Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami di Puerto Rico dan Pulau Virgin serta kemungkinan tinggi ombak mencecah 3 meter di atas paras pasang surut laut.


Negara-negara Amerika Tengah termasuk Jamaica, Cuba dan Pulau Cayman turut termasuk dalam senarai amaran.

Gegaran dirasai hingga ibu kota Honduras, Tegucigalpa, yang terletak kira-kira 323 batu timur, namun tiada kerosakkan dilaporkan.

Pengarah Pertahanan Awam Mexico turut melaporkan bahawa gegaran kecil turut dirasai di Quintana Roo, berhampiran dengan kawasan utara Honduras.

Media melaporkan bahawa kawasan utara Honduras merupakan kawasan paling dekat dengan pusat gegaran, bagaimanapun bernasib baik kerana hanya didiami penduduk dengan populasi kecil.

Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez dalam pada itu mengesahkan bahawa kerajaan telah mengaktifkan sistem kecemasan dan meminta orang ramai untuk kekal bertenang.

Ketika ini, Puerto Rico dan rangkaian pulau di Caribbean masih dalam proses pemulihan akibat dibadai taufan pada September tahun lepas.

Pegawai dari kerajaan persekutan AS baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa tambahan tenaga kerja dan bekalan akan dihantar ke Puerto Rico dalam usaha memulihkan bekalan tenaga elektrik yang lumpuh dalam kejadian taufan tersebut.


Dilaporkan lebih daripada 40 peratus penduduk di Puerto Rico hidup dalam keadaan bergelap sejak 4 bulan lalu selepas taufan kategori 4 membantai negara pulau itu, dengan kerugian dianggarkan berjumlah $95 bilion (RM 381 bilion) dan mengorbankan berpuluh-puluh nyawa.




Sumber : Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  4. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "