Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Dunia Bakal Kehabisan Bekalan Coklat Dalam Tempoh 30 Tahun Lagi'' - Pakar

2 Jan 2018

Pakar menjangkakan bahawa dunia bakal kehabisan bekalan coklat dalam tempoh masa 30 - 40 tahun lagi disebabkan perubahan cuaca yang menyebabkan pokok koko sukar untuk tumbuh.

Pokok koko dikatakan hanya boleh ditanam dalam kawasan linkungan 20 darjah utara dan selatan Khatulistiwa dengan persekitaran yang menpunyai kelembapan tinggi dan menerima hujan yang banyak.


Menurut US National Oceanid and Atmospheric Administration, perubahan cuaca dengan peningkatan suhu sebanyak 2.1 celcius untuk tempoh 30 tahun akan datang boleh menyebabkan berlakunya pemanasan global seterusnya mengganggu kitaran hidup pokok koko, sekaligus boleh menjejaskan industri coklat di seluruh dunia.

Dengan kandungan bahan merkuri di dalam tanah semakin meningkat dan menyebabkan lebih banyak kandungan air dan kelembapan dalam tanah hilang, pakar menjangkakan bahawa hujan lebat yang turun di kawasan tersebut tidak dapat menampung kehilangan tersebut.

Ia sekali gus memaksa peladang-peladang tanaman koko untuk beralih ke kawasan yang lebih tinggi misalnya ke kawasan lereng bukit ataupun gunung. Keadaan ini dijangka akan menjejaskan kawasan tanah tinggi yang dijaga dengan baik selama ini untuk pemuliharaan hidupan liar menjelang tahun 2050.


Pihak berkuasa yang berkaitan di negara-negara seperti Ivory Cost dan Ghana, dua buah negara pengeluar utama koko dengan jumlah melebihi separuh daripada pengeluaran dunia, kini berada dalam keadaan dilema sama ada mahu mengekalkan pengeluaran bekalan koko atau mengambil langkah memelihara ekosistem negara masing-masing.

Tahun lepas, pakar-pakar sudah pun meramalkan bahawa dunia kini sedang menuju ke era 'defisit coklat' disebabkan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna daripada negara-negara membangun terhadap produk tersebut.

Menurut kajian, pengguna-pengguna di negara Barat secara purata hanya mengambil sebanyak 286 bar coklat setahun, dengan Belgium mencatatkan jumlah paling tinggi.

Untuk menghasilkan 286 bar coklat, pengilang memerlukan sumber koko daripada 10 batang pokok koko untuk menghasilkan serbuk koko dan mentega, dua bahan utama dalam penghasilan coklat.

Semenjak tahun 1990, lebih daripada 1 bilion pengguna dari China, India, Indonesia, Brazil dan negara-negara bekas Soviet mula menunjukkan minat dalam pasaran coklat.

Walaupun wujud permintaan secara mendadak, namun bekalan dan penawaran coklat dikatakan semakin berkurang.


Menurut Doug Hawkins, seorang penyelidik dari firma Hardman Agribussiness berkata, selain perubahan cuaca, industri koko juga menerima ancaman disebabkan kaedah penanaman yang tidak berubah sejak beratus tahun dahulu.

''Tidak seperti tanaman lain yang menerima manfaat daripada pelbagai penyelidikan pembangunan teknik penanaman kultivatur serta pengurusan tanaman yang moden, tanaman koko mengalami nasib yang berbeza apabila 90 peratus pengeluaran bergantung kepada ladang yang diusahakan pekebun kecil dan teknologi penanaman yang tidak berubah.

''Semua data menunjukkan bahawa kita akan mengalami defisit koko sehingga 100,000 tan setahun menjelang tahun-tahun yang akan datang,'' katanya lagi.




Sumber : Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "