Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dulu Aku Sabar Malas Bising-Bising, Tapi Rasanya Aku Kena Cakap Juga." Nasihat Lelaki Ini Kepada Yang Berhasrat Untuk Kerja Di Luar Negara

9 Jan 2018

Kos sara hidup yang semakin tinggi membuatkan ramai rakyat Malaysia bercita-cita mendapatkan pendapatan lumayan di luar negara.  Lambakan peluang pekerjaan yang ditawarkan di luar negara mendapat sambutan ramai.  Namun, impian itu separuh jalan bila menjadi tahanan imigresen di sana.

Jauh daripada keluarga, jauh daripada sesiapa, buntu bila menjadi mangsa.  Ramai yang merasa tertipu dengan gambar-gambar yang tular, hidup mewah dengan hanya memetik buah.  Namun, seharusnya diri sendiri perlu kaji dengan teliti langkah-langkah yang betul lagi halal untuk mencari rezeki di negara orang.  Barulah berkat gaji dan urusan disana.


Irwan Dahni, seorang rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom ini berkongsi nasihat dan beberapa kesilapan yang anda boleh elakkan jika berhasrat untuk mencari pendapatan di luar negara.  Mari ikuti perkongsiannya.

Geram pula aku baca artikel rakyat Malaysia kena scam tawaran kerja luar negara. Petik strawberi, kobis dan macam-macam. Berkali-kali cerita sama.

Dulu aku sabar. Malas bising-bising. Tapi rasanya, aku kena cakap juga.

Sejak aku di Scotland, boleh kata tiap hari ada mesej masuk dari orang Malaysia. Minta kerja. Popular juga aku rupanya. Haha.

Aku pernah test. Tengok respond macam mana. Dalam satu entry blog aku 2 tahun lepas, sengaja aku buat post kerja petik buah.

Sampai sekarang orang mohon kerja, padahal buah entah ke mana. Aku saja test the water.

Kalau kau mahu kerja ke luar negara, izinkan aku share sikit beberapa kesilapan newbie yang boleh dielakkan.

1. Teori aku kata 99% mahu kerja keluar negara sebab duit. Bila dijanji gaji banyak, nampak duit di luar lebih besar dari di Malaysia. Niat hantar duit ke kampung.


Kalau tidak percaya, cuba kau tengok berapa banyak yang memohon kerja ke negara lebih maju seperti Australia, New Zealand, Jepun atau Korea? Kenapa bukan Bangladesh, Sri Lanka atau Trinidad & Tobago ?

Itulah ibu segala masalah. Berapa banyak scammer minta pun kau sanggup bagi. Dengan harapan, petik buah sebulan dapat belanja naik haji.

2. Mahu senang. Kalau boleh semua orang uruskan. Yang kau tahu, konon ready untuk pergi bekerja lenggang tangan. 

Sebab itu agent acah pencari kerja muncul menggila. 'Agen' mee segera. Baru datang sekali ke Korea, entah wahyu dari mana, tiba-tiba boleh jadi wakil pencari kerja. Hadoi.

'Agen' ini akan makan orang yang mahu senang. Jangan percaya agen melulu.

Buat kerja rumah sikit. Zaman ini google sahaja, cari maklumat itu ini. Sahih ke tidak. Boleh email atau call. Ada apps macam Google Map kau boleh survey tengok gambar, imej dan peta.

Eh! Aku tidak cakap ia senang. Tapi ia bantu kau jadi pandai.

3. Masalah first timer. Yang muda pucuk pisang. Pengalaman asas tidak ada. Naik kapalterbang pun baru sekali. Booking hotel pun tidak reti. Itu belum lagi karenah birokrasi, hutang PTPTN pun tidak bagi kau pergi. 





Pelik. Bila terang nampak macam scam, ramai sahaja mahu 'melabur'. Tapi suruh pergi beli buku RM10 punya menggelupur.

4. Expectation tidak realistiklah bro. Kita tiada pengalaman. Kita tidak punya pendidikan. 


Tapi harap gaji macam jutawan. Tambah malang, bila muka tidak tampan.

Selalu orang ini yang selalu kena peras. Ingat kerja senang, rupanya 12 jam kena menebas.

Dapat gaji hanya dua cara. Kerja keras, atau guna otak cerdas.

5. Masuk negara secara haram. Ada pakai visa pelancong, atau ada yang sanggup over-stay. Konon boleh cari kerja dalam diam. Kerja cleaner, atau apa sahaja kerja yang halal.


Ada member aku sound, "Memanglah kerja halal, tapi kau duduk haram". Amacam?

Ramai kenalan aku begini. Aku minta maaf hujung rambut sampai hujung kaki.

6. Guna alasan untuk cari pengalaman sahaja. Tidak kisah kerja apa. Asalkan terbuka mata. 


Sebenarnya kau kisah. Cakap begitu sebab tidak tahu mana satu betul, mana satu salah. Bila kerja tidak dapat gaji, baru kau tahu langit tinggi rendah.

7. Kau serah diri buta-buta. Aku selalu dapat mesej orang yang selalu cerita kesusahan hidup dia di Malaysia. Keluarga bukan berada, kecewa dengan majikan lama, atau baru putus cinta.


Aisehmen. Dia pecah rahsia. Dia bagi tengkuk, tunggu aku sembelih. Kalau aku conman, orang sudah bagi betis, tentulah selera aku mahu peha.

Aku bukan kaunselor kerja atau perunding rumah tangga. Kau cerita panjang tapi serius aku tidak dapat tolong apa. Insyallah mesej kau itu aku baca tapi tidak balas apa-apa. Maaf ya.

Aku bukan marah. Aku faham sangat orang yang optimis cari peluang luar negara. Tapi cara mesti kena. Laburlah dulu pada diri sendiri. Banyakkan baca buku, baca tips dan artikel dalam dan luar negeri.

Hati-hati, zaman sekarang orang menipu tidak cukup sekali, dia mahu ulang berkali-kali.



Kalau aku mahu jahat, boleh sahaja. Easy money. Janji kerja disini sana, minta deposit tunai, lepas itu lesap begitu sahaja.

Aku salute lah pada scammer. Macam mana boleh tidur lena. Sanggup makan sumpah seranah manusia. Itu belum balasan dari atas sana. Kebal ke dia ?

Nantilah. Kalau ada masa aku tulis lagi. Tips atau cara selamat ke luar negara.

Catatan kembara
Irwan Dahnil
Ahli Nujum Negara
Glasgow, Sekutland

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "