Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datang Malaysia Nak Tengok Tempat Cantik, Tapi Terpaksa Pungut Sampah Yang Orang Kita Buang

10 Jan 2018
2 ulasan

Penduduk Malaysia sememangnya amat bertuah kerana lahir di negara yang mempunyai pelbagai khazanah alam dan tempat-tempat semula jadi yang menarik. Air terjun, lata, gunung dan bukit semua ada yang menawarkan pelbagai pemandangan indah. Orang luar ada yang sanggup datang dari jauh untuk menikmati keindahan tersebut.

Tapi Malaysia pula yang tidak bertuah kalau dapat segelintir penduduk yang bermentaliti kelas ketiga, buang sampag merata tempat hingga mencacatkan permandangan. Lebih memalukan, bila orang luar datang terpaksa pungut semua sampah tersebut kerana sayangkan keindahan yang dicipta Tuhan. Macam kisah yang dikongsikan oleh sebuah page yang dikenali sebagai Sekolah Rimba Bukit Jana ini. Memang boleh jatuh air muka.

Nak tahu apa yang terjadi? Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah.

Amacam?

Best tak tengok mat saleh datang tempat kita lepas tu tolong kutip sampah? Best kan?Cehh! Tak malu punya orang, suruh pelancong datang cuci sampah kita pulak. Malu la sama.

Depa ni datang nak tengok tempat-tempat cantik kat Malaysia ni, yang kita bagi kat depa pemandangan dengan landskap sampah.

Ini ke budaya yang kita nak banggakan kat anak cucu kita nanti? Budaya lain orang buang, lain orang kutip, macam tu? Kalau macam tu, tak payah la nak bangga dengan lingua franca ka, rentaka ka, sebab mentaliti masih di tahap yang rendah.

Harap kita boleh fikirkan balik, adakah kita nak tinggalkan sebuah budaya dan peradaban 'sampah' kepada generasi akan datang? Sebab bumi bertuah ni kaya dengan pelbagai khazanah yang dicemburui kuasa-kuasa besar dunia.

Gambar : Mr. Tim Campbell mengutip sampah di Air Terjun Pecah Batu, Terong.





Sumber : Sekolah Rimba Bukit Jana
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "