Foto: Berita Daily |
"Cikgu saya tak mencuri telefom bimbit cikgu, Saya sumpah." Begitulah tulisan yang ditulis pelajar berkenaan sebelum dia bertindak untuk menggantung dirinya.
Ketika ini, dilaporkan pelajar tersebut sedang bertarung nyawa di hospital selepas tindakannya itu. Dia dipercayai cuba melakukan perkara tersebut pada 24 Januari yang lalu lapor, Berita Daily.
Guru terbabit didakwa telah membawa pelajar itu ke sebuah bilik dan mengurung pelajar itu sebelum memaksanya untuk mengaku bahawa dia yang mencuri telefom bimbit model iPhone 6 milik gurunya.
Gagal menunjukkan bukti, guru itu dikatakan bertindak memalukan pelajar terbabit di depan rakan-rakan sekolahnya yang lain.
Pelajar itu juga tidak dibenarkan keluar pada waktu rehat dan selepas tamat waktu sekolah, guru tersebut bersama suaminya (juga seorang guru) menghantar remaja itu ke rumah menaiki keretanya.
Sesampainya di rumah, dia sekali lagi dituduh mencuri di hadapan ahli keluarganya mengakibatkan dia menulis sepucuk surat kepada cikgu tersebut dan ibu bapanya sebelum cuba menggantung diri.
Dalam surat itu dia berterima kasih kepada ibu bapanya yang selama ini telah menjaganya dengan penuh kasih sayang selain menegaskan bahawa dia tidak mencuri telefom bimbit itu.
“I want to thank my parent for take care me. I love you so much and i am so sorry,” tulisnya di dalam suratnya sebelum cuba menggantung diri dengan menggunakan kain selendang.
Dia kini dikatakan berada di dalam keadaan kritikal di Hospital Seberang Jaya dan sedang menjalani rawatan di hospital tersebut. - Siakapkeli.my