Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gemar Makanan Seafood Mentah, Cacing Pita Sepanjang 2.8 Meter Ditemui Didalam Tubuh Seorang Pesakit Di Singapura

29 Jan 2018

Cacing pita yang telah dikenal pasti didalam usus seorang pesakit ini telah bersarang terlalu lama sehingga berukuran 2.8 meter panjang.

Imej diambil oleh Jabatan Mikrobiologi Hospital Besar Singapura (SGH).  Gerun dengan gambar yang ditangkap pihak hospital, cacing itu perlu dilipat 18 kali untuk memuatkannya ke dalam satu size gambar.


Walaupun begitu, pesakit langsung tidak menyedari bahawa cacing parasit itu telah hidup didalam tubuhnya selama ini.

"Pesakit agak terkejut apabila cacing disahkan melalui rektum," kata ahli penyakit berjangkit Hsu Li Yang.

Memetik laporan media, beliau menambah lagi, pesakit dijangkiti parasit seperti ini selepas sering memakan makanan laut yang tidak matang dan kurang masak.

Kes ini meningkat apabila pada awal tahun ini, seorang lelaki berusia 30 tahun gemar memakan ikan mentah hampir setiap hari dijangkiti cacing pita didalam tubuhnya dengan ukuran 1.6 meter.



Pesakit tersebut mengalami kekejangan perut dan cirit-birit berdarah selepas memakan ikan salmon sashimi.  Cacing pita yang dikesan itu langsung keluar dari bahagian duburnya, ditarik keluar oleh doktor dan masih hidup!

Profesor Hsu berkata, cacing sepanjang 2.8 meter ini dilihat dengan jelas kerana tidak ada parasit manusia lain yang boleh berkembang sehingga ketahap seperti ini.

Cacing pita dewasa mempunyai kepala, leher dan rantaian segmen yang disebut Proglottids.  Semasa jangkitan, kepala cacing pita melekat pada dinding usus, dan Proglottids tumbuh dan menghasilkan telur.

Jangkitan ini berpotensi didapati kepada penggemar daging khinzir, daging lembu atau ikan mentah.  Kebanyakan cacing pita ini deperoleh daripada ikan air tawar seperti salmon.

Prof Hsu memaklumkan bahawa serangan cacing pita ini meningkat setiap tahun di Singapura seiring dengan penggunaan ikan mentah yang semakin bertambah di negara-negara maju lain.  

Lain-lain parasit biasa yang terdapat dalam makanan laut termasuklah cacing bulu dan flukes, jenis cacing rata.

Satu lagi kes adalah keracunan scombroid yang disebabkan oleh penyimpanan dan pengendalian ikan yang tidak wajar dan mengakibatkan kerosakan pada ikan.  Apabila ikan mereput, bakteria memecahkan isi ikan dan toksin pun terhasil.

Oleh itu pengguna dinasihatkan untuk memastikan bungkusan makanan (makanan bertin) dipek dengan kemas agar makanan itu selamat untuk dan sebaiknya dipanaskan sebelum dimakan begitu sahaja.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "