Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Bila Ketawa Je, Akif Akan Nangis, Mungkin Sakit Pada Bahagian Muka'' Bayi Disahkan Menghidap ''Facial Nerve Palsy'', Ibu Ini Kongsi Pengalaman Beliau

27 Jan 2018
No Comment


Anak adalah anugerah terindah buat ibu bapa. Dari lahir, setiap ibu bapa pasti menitikberatkan penjagaan kesihatan anak mereka terutamanya bagi yang masih bayi. Sekiranya bayi demam, pastinya menimbulkan kerisauan pada ibu bapa.

Kebiasaannya, demam adalah satu fenomena yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Namun begitu, ia tidak boleh dipandang remeh oleh ibu bapa. Demam mungkin menjadi sesuatu yang lebih serius sekiranya suhu badan bayi meningkat.

Seperti kes yang berlaku ini, akibat daripada demam panas, bayi comel ini disahkan menghidap 'facial nerve palsy', satu keadaan yang hanya berlaku pada orang dewasa. Bayangkan, bayi yang lahir dan membesar dalam keadaan normal tetapi secara tiba-tiba bahagian wajahnya menjadi senget sebelah, hati ibu bapa mana yang tidak hancur.

Perkongsian pengalaman daripada Nadiah Saharuddin melalui laman facebook, boleh dijadikan ikhtibar untuk ibu bapa di luar sana. Sekiranya bayi demam, terus bawa bayi anda untuk pemeriksaan lanjut dan sentiasa 'alert' dengan perubahan fizikal yang berlaku pada bayi.

Jom kita baca perkongsian beliau seperti di bawah. Moga bermanfaat.

Kes pertama bayi demam panas sehingga menyebabkan 'facial nerve palsy'.

Akif Hulaif, usia 10 bulan, dilahirkan secara normal. He is normal baby and he looks normal. Last week doctor is diagnose Akif with 'right facial nerve pasly' bahasa lebih mudahnya, muka menjadi senget sebelah secara tiba-tiba.

Akif yang sihat dan ceria sebelum diserang 'nerve palsy'

Setelah Akif diserang 'nerve palsy'

Sebenarnya penyakit ini hanya menyerang orang dewasa sahaja. Doctor beritahu tiada lagi kes kanak-kanak yang diterima berkenaan Palsy di hospital tersebut setakat ini. Allah haiii sedihnya. But i know you are strong baby.

Pada awalnya Akif hanya demam biasa. Disebabkan anggota yang agak sensitif di bahagian muka seperti rongga mulut, telinga, hidung dan mata telah menyebabkan terdapat bendalir keluar melalui telinga. Mungkin jugak disebabkan terlalu panas sehingga menyebabkan berlaku sedikit infection pada saraf di mukanya. Kini Akif terpaksa mengambil steroid dalam masa 2 minggu dan hanya menjalani rawatan fisioterapi.

Akif akan menangis bila ketawa. Maybe akan terasa sedikit sakit di muka. Kakak Nina selalu 
menghiburkan Akif . Terus mendoakan Akif semua.

Mohon para ibu bapa semua sekiranya anak anda demam, batuk atau selsema berpanjangan terus bawa kepada doctor untuk pemeriksaan lanjut. Mengelak daripada dijangkiti kuman atau virus. Mohon jasa semua kawan-kawan Nad dan yang membaca doakan Akif Hulaif kembali sihat seperti sediakala.

Nad halalkan jika mommies nak #SHARE post ini supaya lebih ramai yang mendoakan & ibu bapa alert tentang perubahan fizikal dan kesihatan anak-anak. Nanti Nad update lagi selepas rawatan fisio Akif February depan. Boleh follow kalau nk tahu next result after fisio. InsyaAllah. 

Doakan Akif ya. Terima kasih semua.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "