Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Berdarah Digigit, Dibaling Botol Air Hingga Benjol Dahi," Kisah Guru 'Didera' Dan 'Disakiti' Murid Yang Tidak Pernah Dihebohkan

4 Jan 2018
2 ulasan

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik bukan lah sesuatu yang mudah. Ramai yang beranggapan tugas seorang cikgu adalah mudah, mereka ini hanya perlu medidik anak bangsa sahaja. Ada pula yang beranggapan kerjaya seorang guru tidak sesibuk mana, mampu pulang seawal 2 petang dan banyak masa terluang.

Namun secara hakikatnya tugas guru sekarang bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangka. Tugas mereka ini mencabar bukan hanya tertumpu kepada mengajar sahaja. Hanya mereka yang bergelar guru sahaja yang akan memahami tugas dan beban yang dipikul sebagai pendidik.

Menerusi perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh, berkongsi kisah anak-anak pelajar yang menyakiti guru tidak pernah dihebohkan. Banyak perkara yang tidak pernah dikongsi oleh seorang guru mengenai kelakuan anak muridnya.


Cikgu rotan anak dengan pembaris kayu 15cm je pun, merah sikit je. Terus bawa check hospital siap report polis. Yang kena jentik telinga pun sama juga. Ada merah sikit, terus saman cikgu.

Ini antara cabaran guru Tahun Satu. Digigit murid yang mengamuk hendak ibu.

Pernah terlihat jari kawan sampai berdarah digigit anak murid, kena baling botol air hingga benjol dahi mereka. Dibaling pasir hingga masuk mata.

Tapi guru tetap senyum. Tetap dukung mereka. Tetap kasih dan melayani mereka tanpa sedikit pun memilih.

Nak pergi check hospital dan report polis? Jauh sekali. Seumur hidup aku belum pernah dengar cerita guru report polis dan saman ibu bapa kerana anak mereka gigit mereka sampai lebam. Sampai berdarah. Sampai benjol.

Yang kena tumbuk pun ada. Yang kena tendang kat perut saat sarat mengandung pun pernah berlaku juga. Malah, ada yang kena ludah.

Banyak kisah guru 'didera' dan 'disakiti' murid sebenarnya. Cuma mereka tak hebohkan sahaja.

Tak nak kecoh-kecoh. Tak nak panjangkan cerita.

Mereka tahu itu asam garam melayan karenah anak-anak. Lagi pun mereka masih budak kecil tidak tahu perbuatan itu salah.

Maka jika pernah ada guru tersilap 'menyentuh' anak kalian dengan niat untuk mendidik, jangan cepat hendak menghukum. Jangan cepat hendak membuat laporan dan membawa kes ke mahkamah.

Datanglah dengan tenang. Ceritalah dengan matang. Yang perlu maafkan, maafkan sahaja. Guru bukan malaikat. Masih manusia biasa yang sesekali membuat salah silap juga.

Kalian banyak tidak tahu kisah tersembunyi yang para guru sorokkan dari kalian. Kisah anak-anak kalian yang 'menyakiti' guru tidak dihebohkan. Sungguh!

- Kredit gambar : Cikgu Ahmad Din

#MFS
- Asam garam insan yang bergelar guru.

Sumber - ‎Mohd Fadli Salleh‎
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. dicoba keberuntungannya bersama kami, menangka n uang jutaan rupiah, hanya dengan minimal deposit 10.000
    yuk bergabung segera dengan kami di dewapk^^ segera di add pin bb kami D87604A1 :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "