Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tahukah Anda, Jika Lakukan 22 Perkara Ini, Anda Akan Dapat Perlepasan Dari Membayar Cukai

19 Jan 2018


Bila cakap pasal cukai je mesti bercampur baur perasaan.  Nak marah pun salah, nak rasa takut pun macam tak pasal juga.  Perasaan seperti ini jadi bila tak ada ilmu yang cukup.

Baca perkongsian daripada Maryam Aziz, salah seorang Lembaga Pengarah produk Mary Jardin yang semakin menempah nama di Malaysia.  Dibawah ini beliau berkongsi cara mudah menguruskan cukai setiap tahun.  Jangan lupa hantar borang cukai sebelum 30 April setiap tahun pula ya!

22 PERKARA YANG BOLEH MENYELAMATKAN ANDA DARI BAYAR CUKAI. RUGI SANGAT SIAPA TAK TAHU.

BELI LAPTOP, HANDPHONE & BREASTPUMP PUN LAYAK DAPAT PELEPASAN CUKAI TAU!

Gambar Hiasan


Sekarang dah pengakhir bulan Januari. Ramai yang mula stress untuk buat pembayaran cukai pendapatan 2017. Biasanya tarikh akhir untuk submit borang cukai adalah pada 30 April setiap tahun.

Dulu Maryam sampai terpaksa ambil cuti rehat semata-mata untuk uruskan hal cukai. Sebabnya suka buat last minute, lepastu mula terkial kial nak bayar. Tiba2 baru tahu banyak nak kena bayar, terpaksa korek tabung pula. Letih turun naik ke pejabat LHDN tu tak perlu cerita lah kan. Rasa nak menangis je, tapi nasib baik suami banyak bantu ajar tentang hal ini. Sebab tu Maryam nak share ilmu ni dengan ramai orang yang berpendapatan. Yang takde pendapatan tu memang sah-sahlah tak perlu bayar cukai kan hehe.

Ramai orang yang gembira je sebab tak pernah dibebankan dengan urusan Cukai Pendapatan. Sebenarnya kan..ramai yang tak bayar cukai sebab TAK TAHU MEREKA WAJIB BAYAR CUKAI! Haaa anda memang tak selamat sebenarnya sebab anda BERHUTANG DENGAN KERAJAAN!

Memang takut tau kalau tak bayar cukai ni. Antara impak besar adalah kita tak boleh melancong ke luar negara! Memang tak lepas nak lalu kat imigresen.

Gambar Hiasan


Jom teruskan baca untuk tahu sebenarnya anda perlu bayar cukai ke? Dan belajar cara mudah untuk menguruskan cukai pendapatan anda.

Mudah sangat untuk kira berapa cukai yang perlu anda bayar setiap tahun

Ada 4 ELEMEN PENTING yang anda perlu tahu:

1. JUMLAH PENDAPATAN
2. JUMLAH PELEPASAN
3. JUMLAH PENDAPATAN BERCUKAI
4. PENGIRAAN CUKAI

Jadi Maryam terangkan satu persatu.

1. JUMLAH PENDAPATAN (A)

Jumlah pendapatan anda sepanjang tahun dari 1 jan sehingga 31 Disember. Bukan setakat gaji sahaja tau tapi termasuklah bonus dan komisyen. Kalau ada bonus raya, bonus hujung tahun, semua tu kena kira sekali tau

2. JUMLAH PELEPASAN (B)

Pelepasan ni maksudnya rebat cukai. Sebenarnya ini part yang ramai orang tak tahu!

Bukan semua pendapatan kita perlu dicukaikan. Ada pendapatan kita yang tak perlu dicukaikan. Maksudnya kita diberi pelepasan! Benda ni sangat penting sebab Maryam pernah tak perlu bayar cukai sebaliknya mendapat pulangan wang dari LHDN disebabkan jumlah pelepasan tinggi! Nak tahu macamana nak dapatkan pelepasan ni? Ok baca di bawah nanti 



3. JUMLAH PENDAPATAN BERCUKAI (C)

Maksudnya A- B = C

Contohnya pendapatan tahunan RM50,000 (A). Jumlah pelepasan RM20,000 (B). Maka kita hanya akan dicukai sebanyak RM 30,000 (C)

50,000-20,000 = 30,000

4. PENGIRAAN CUKAI

Pengiraan cukai (berapa % dari pendapatan yang perlu dibayar adalah mengikut jadual kadar yang disediakan oleh LHDN. Contohnya jika PENDAPATAN BERCUKAI (C) = RM 20,000, anda perlu membayar 1% sahaja. Jumlah cukai anda untuk setahun adalah 1% x RM20,000 = RM200 SAHAJA!



PELEPASAN CUKAI

Haaa inilah part paling best. Untuk tahu jumlah pelepasan yang kita layak dapat. Sebenarnya pelepasan ini disediakan oleh kerajaan untuk mengurangkan bebanan cukai kepada mereka yang berpendapatan rendah.



Cuba tengok pelepasan ini:

1. INDIVIDU DAN SAUDARA TANGGUNGAN

Anda boleh mendapat pengecualian RM9000 untuk diri sendiri

2. PERBELANJAAN IBU BAPA

Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan). Anda layak dapat sehingga RM5000. Jadi jangan kedekut ye nak berbelanja untuk kesihatan ibu bapa.  InsyaAllah hidup lebih berkat dan cukai anda juga menjadi sedikit!

3. PERALATAN SOKONGAN ASAS

Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya). Boleh dapat pelepasan sehingga RM6000

4. INDIVIDU KURANG UPAYA

Boleh dapat pelepasan sehingga RM6000



5. YURAN PENDIDIKAN (Sendiri) 

(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian
Pelepasan sehingga RM7000

6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)
Pelepasan sehingga RM6000

7. PEMRIKSAAN PERUBATAN PENUH (Diri sendiri, suami / isteri atau anak)

Haa ni kalau anda ada buat medical checkup, boleh dapat pelepasan sehingga RM500

8. GAYA HIDUP

(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
(iv) Bayaran langganan internet



Ramai orang tak tahu kalau beli handphone, bil internet, laptop semua ni boleh kurangkan cukai anda!!! Rugi kan kalau beli handphone tapi tak inform kepada LHDN. Tambah lagi kalau beli iphone kan. Pelepasan RM2500 tau

9. PEMBELIAN PERALATAN PENYUSUAN

Ibu yang beli breastpump ke atau peralatan penyusuan lain, pastikan simpan resit k. Boleh dapat pelepasan cukai sehingga RM1000!

10. YURAN PUSAT ASUHAN ANAK/ PRASEKOLAH

Siapa pernah terfikir yuran pusat asuhan anak pun boleh selamatkan anda dari cukai!!! Pelepasan sehingga RM1000 tau

11. Tabungan bersih dalam skim SSPN

Cuba kira Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017. Untuk jumlah itu, anda boleh dapat pelepasan sehingga RM6,000

12. FAEDAH PEMBELIAN RUMAH (RM10,000)
13. SUAMI/ ISTERI/ BAYARAN ALIMONI KEPADA BEKAS ISTERI (RM4000)
14. SUAMI/ ISTERI KURANG UPAYA (RM3500)
15. ANAK BAWAH 18 TAHUN (RM2000)
16. ANAK ATAS 18 TAHUN, BELUM BERKAHWIN, BELAJAR SEPENUH MASA (RM2000)
17. ANAK BERUMUR 18 TAHUN DAN KEATAS, 


tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

18. ANAK KURANG UPAYA (RM6000)
19. INSURAN NYAWA & KWSP (RM6000)
20. INSURANS PENDIDIKAN & PERUBATAN (RM3000)
21. PERKESO (RM250)
22. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  2. Upd4te Bett1ng, sbo, ibcbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "