Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Awak Cabut Gigi Sebatang Pun MC Berapa Hari, Ini Nak Minta Cabut Semua Gigi Anak," Gigi Rosak Akibat Makanan Sunnah Sudah Diproses

12 Jan 2018
4 ulasan

Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak mereka. Salah satunya adalah dengan memberi pemakanan yang terbaik sejak dari kecil. Makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi harus dihindarkan kerana bukan sahaja memberi kesan buruk pada kesihatan tetapi menggangu pertumbuhan gigi anak-anak. 

Benar, gigi anak kecil hanyalah gigi  susu sementara, namun akan mempengaruhi kesihatan gigi mereka di kemudian hari. Masalah gigi anak rosak agak biasa didengar tetapi masih ramai ibu bapa yang mengabaikan penjagaan gigi anak-anak sejak awal.

Tidak kasihan ke pada anak apabila gigi mereka mereka berlubang sampai sakit dan bengkak? Lebih parah, hari-hari menangis sebab sakit gigi. Pilih botol susu yang sesuai sahaja tidak cukup, tetapi sebenarnya susu yang betul memainkan peranan yang penting untuk kesihatan gigi anak-anak anda.

Perkongsian daripada doktor Hannani Murni Indah Kamarudin ini diharap dapat membuka mata ibu bapa tentang pentingnya memilih susu yang baik untuk anak mereka. Semoga bermanfaat.

KAN DAH CAKAP....

Beberapa kali post saya sebelum ni..menekankan pilihan yang baik untuk anak2. Pilih susu yang baik, pilih makanan yang baik, cheat day tu ok laaa sekali sekala, tapi kalo hari2 cheat day???

Mak ayah tak nak susah, malas nak berperang, atau terpedaya dgn iklan2 tv, atau merasakan ilmu2 parenting tak penting. Saya pun xpaham.

Ni saya sajikan, gigi pesakit saya. Baru 3 tahun, Gigi dah semuanya rosak!!!

Semua ok!!


Gambar yang dikongsi Doktor Hannani menunjukkan gigi anak ini yang telah rosak, kesan dari ibu bapa sendiri yang salah memilih susu.

Doktor ini turut meminta penjelasan daripada ibunya mengapa gigi anaknya itu rosak teruk hingga kesemua sekali.

Saya tanya mak dia, kenapa teruk sangat rosak gigi?? Dia cakap sebab dia minum “t@@ark@k@” dia xnak susu lain.. dia tdo pun msti nak kne mnum tamar*^#% niii sehari 6 botol wajib!”

Post sy sblm ni sy ada share kandungan gula dlam t@@ar$&@) (bukan nama sebenar). Gula yang banyak adalah bahaya untuk manusia. Tapi susah nk educate mak ayah. Kenapa suka beli bende tu??

Sebab ada kurma?? Sebab murah? Sebab anak suka?? Org yang jual bnde tu kadang hanya nak tarik pelanggan je.. berapa percent kurma dia letak. Kurma itself da cukup manis. Tambah gula lagi?? Mana anak tak ketagih gula??

Kesian anak ni.. hari2 nanges sbb sakit gigi.

Lebih mengejutkan, si ibu pula meminta pada doktor untuk mencabut kesemua gigi anak sekaligus. 

“Tulaaa doktor..saya ingat nnt saya cuti ni nak bawak datang kat sini nak cabut gigi dia smua nii” Nak dicabut smua??


Hmmm. Cuba awk gi cabut sebatang?? Mc brp hari?? Ni awak nak cabut smua gigi tu skali gus?? Well done mother.

Dr. Hannani turut menjelaskan banyak penyakit disebabkan oleh gula. Ramai ibu bapa tidak sedar gula menjadi punca penyakit anak mereka.


Banyak pnyakit yang disebabkan oleh gula. Kesan anak sukar focus dalam task. Boleh lead to hyperactive disorder.

Anak boleh dpt kencing manis lebih awal. Malah ada pesakit saya ketagih gula. Mesti nak minum air gas. Budak baru umo 8tahun... Mak dia kje restoran..entahlaaa.

Jelas beliau lagi, trend peniaga kini adalah dengan menggunakan nama sunnah untuk menarik perhatian ibu bapa membeli. Mereka tidak sedar anak sebenarnya disajikan dengan susu yang ditambah pelbagai perisa dan mempunyai bahan terlarang.

Kadang masyarakat kita kalau disajikan dgn iklan, makanan sunnah, diiktiraf rasulullah lagi, dari Mekah, dalam al-Quran. Tanpa selidik tanpa dikaji mesti nak beli.

Saya bukan anti makanan sunnah. Tapi bukan sekali saya jumpa dan melaporkan “makanan sunnah” ni ke pusat racun negara.. sekali ade steroid dan bahan terlarang... Bukan sekali.. Bukan sekali....

Kalau nak makan kurma gi la beli kurma! Kalo nak makan buah zaitun buah tin.. watuuurisiiiniin gi la beli zaitun itself.. Kenapa nak dicampur adukkan ditambah perisa dan ditambah stabilizer dan dijadikan amalan?? Sebab... senang... Dalam satu sudu ade 23 herba dan makann sunnah kan... Hebat betul!!

Sekarang smuanya dihujung jari. Bukak cek. Kalo tak tahu tanya. Kami kan ada.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
    Info lanjut 7ACD8560

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng, s1tus Jud1 b0la 0nline terpercay4
    minimal dp/wd 50rb

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "