Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

“Anak Awak Tak Boleh Jalan Lagi? Anak Saya Setahun Dah Berlari", Sikap 'Dengki' Ada Hati Tak Sedar Guris Hati Orang Lain

9 Jan 2018
2 ulasan

Menjadi lazim masyarakat kita suka berkongsi aktiviti anak masing-masing di sosial media.  Keletah mereka, kepetahan bercakap dan aksi-aksi comel anak-anak.  Namun ada juga mata-mata yang tidak senang melihat perkembangan itu di pamer dalam sosial media.  Pasti akan ada komen-komen yang menjentik perasaan ibu bapa tersebut lebih-lebih lagi jika mereka juga mempunyai anak yang sebaya.

Ada yang membanding-bandingkan tahap kecerdasan dan kecergasan anak masing-masing. "Eh, anak akak tak pandai berjalan lagi? Anak saya setahun dah jalan kak.  Akak dah pergi jumpa doktor ke?".
Ibu bapa mana tak terasa jika diajukan soalan sebegini.  Lain budak, lain tahapnya.  Apa yang penting mereka membesar dengan sihat.

Kami berkongsi isi hati ibu bapa ini, Amir Syahir yang melalui pertanyaan demi pertanyaan yang dilihat membanding-bandingkan anak masing-masing.  Kita tidak tahu sedalam mana perasaan itu, namun, adalah lebih baik jika sebagai seorang ibu khususnya, kita menghormati hati para ibu yang lain kerana kita tidak tahu apa yang dilaluinya untuk membesarkan anak tersebut.  Jerih-perih itu hanya mereka saja yang tahu.

“Anak awak dah pandai duduk? Anak saya 6 bulan pandai dah duduk sendiri.”

“Anak awak hisap puting ke? Tak elok hisap puting nanti gigi tak cantik. Saya memang tak ajar anak saya hisap puting.”

“Tidur buai ke? Susah nak travel nanti. Tak payah la ajar anak tidur buai. Anak-anak saya semua tidur bawah.”



Sikap suka bandingkan anak-anak ni macam dah jadi satu trend sekarang ni. Kalau balik kampung berkumpul ramai-ramai atau jumpa kawan-kawan sambil minum-minum ke ada je yang nak membandingkan anak dia dengan anak kita.

Dah tu pulak, cakap main lepas je. Semua anak dia paling baik, paling hebat. Tak semua orang macam ni. Sesetengah je yang jenis suka sangat bandingkan anak dia dengan anak orang lain.

Ibu-ibu yang bila anak dia kena bandingkan dengan anak orang lain ni mula la nak emosi. Bukan cakap orang lain, tengok isteri aku sudahla. Kalau ada orang duk banding Amsyar pun mula la dia rasa down, rasa sedih. Sampai tak nak dah jumpa dengan orang yang selalu dok kondem Amsyar itu ini.

Sebagai bapa aku pun terasa jugak bila orang duk bandingkan anak aku ni. Bezanya, aku buat rileks je la. Biasala kan, ibu ni lebih kaya dengan emosi dan kasih sayang.

Apa yang aku nak cakap, kita jangan sesekali bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Setiap anak perkembangannya tak sama. Setiap anak itu berbeza.

Kadang-kadang kita tak sedar yang kata-kata kita tu mengguris hati dan perasaan orang lain. Dia bukan ajar anak dia hisap puting tetapi keadaan yang memerlukan dia buat macam tu. Kau tahu ke anak dia dok menangis pukul 2,3 pagi tiap-tiap malam? Kalau tak sumbat puting memang tak tidur sampai pagi. Dia yang jaga anak dia, bukan kau.



Ala, tidur buai tak semestinya susah nak travel. Amsyar pun tidur buai. Tapi kalau balik kampung, tidur bawah je dia. Elok je. Bukan kata balik kampung, dekat rumah pengasuh pun tak nak dia tidur buai. Kat rumah je tidur buai.

Jangan ingat anak yang cepat duduk, cepat merangkak dan cepat berjalan tu lebih bijak dan pandai. Tak semestinya. Asalkan perkembangannya dalam jangka masa yang normal tu kira okeyla.

Lepas ni jangan bandingkan anak kau dengan anak orang lain dah ye. Kalau kau jumpa kawan-kawan, bertanya khabar dah la. Jangan duk cakap “Eh, tak pandai jalan lagi Amsyar. Putra 11 bulan dah jalan. Lambat jugak ya Amsyar ni.”



Semua ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak masing-masing. Takde ibu bapa yang nak lihat anak dia tak pandai.

Selagi dalam tempoh perkembangan yang normal tu kira okeyla. Tak perlu nak banding anak-anak. Setiap anak-anak berbeza dan istimewa. Jangan buat orang lain sedih dengan kata-kata kau tu. Kah!
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "