Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Adaptasi Dari Kisah Benar, Pertama Kali Syamsul Yusof Dan Nora Danish Bergandingan Buat Makrifat Cinta Bakal Meletup 1 Februari Nanti

28 Jan 2018
One Comment

Buat peminat filem tanah air, bersiap sedia di mana pada 1 Februari 2018 nanti, sebuah filem yang semakin hangat diperkatakan akan menemui anda semua di mana ia menjanjikan satu kelainan dalam sebuah filem Melayu yang ada sebelum ini.

Makrifat Cinta, diilhamkan dari kisah benar yang betul-betul kena dengan kehidupan sesetengah masyarakat, kisah pengorbanan, dugaan dan pahit getir kehidupan yang menyentuh hati dari bawah hinggalah sampai dipuncak buatkan antara sebab ianya harus ditonton.

Filem arahan Kamal G ini menerapkan elemen cinta, lucu dan sedih yang pasti membuatkan penonton rasa seperti ada orang 'potong bawang' di pawagam, pasti akan buatkan mereka yang menontonnya akan teringat akan watak-watak yang dalam Makrifat Cinta ini, watak yang dibawa pula bukan calang-calang pelakonnya iaitu Syamsul Yusof, Nabila Huda, Nora Danish, Adi Putra, Puteri Balqis dan Datuk Aznil Nawawi.

Begitu banya sebab untuk anda perlu menonton filem terbitan Dhananwoodd Films dan Edaran, TSR Films ini, kenapa? jom kami senaraikan.


1. Pertama kali Syamsul Yusof dan Nora Danish bergandingan dalam sebuah filem.

Seperti yang ditunggu-tunggu peminat, akhirnya Syamsul Yusof (Mahathir) dan Nora Danish (Sofea) digandingkan dalam filem Makrifat Cinta sebagai pasangan kekasih di mana kedua-dua pelakon hebat ini tidak pernah bergandingan di dalam filem atau pun drama.


Melalui gandingan dua pelakon hebat ini yang merupakan teraju utama dalam Makrifat cinta, akan dapat dilihat keserasiaan yang cukup baik antara mereka bagi menjayakan watak dibawa lebih-lebih lagi dalam ''scene'' cinta, dari seorang kawan rapat yang lama tidak berjumpa bertukar menjadi cinta.

2. Lakonan Nabila Huda memang 'hidup', watak 'rempang' cukup jadi


Watak Zara iaitu isteri kepada Mahathir (Syamsul) memang hidup, isteri yang asyik membebel, menghina suami kerana kekurangan dalam hidup mereka, suka membazir dan apa yang penulis paling ingat adalah watak dibawanya cukup 'rempang' memang jadi. ''Kita tengok kita pula yang geram, macam nak sepak-sepak jer.''

3. Lakonan Mantap pelakon-pelakon hebat lain.

Senang cakap anda tidak akan kecewa kerana watak-watak lain amat 'padu' lakonannya, seperti Puteri Balqis, Dato Adi Putra, dan Sabrina Ali.

Watak yang paling menyerlah pastinya Aisha lakonan Puteri Balqis dan watak antagonis Rizal dilakonkan oleh Dato Adi Putra, Puteri Balqis sudah terbukti lakonan mantapnya dalam filem-filem atau drama sebelum ini, watak air mata memang sudah terbukti sebelum ini. Watak Antagonis pula memang tidak perlu dinafikan lagi kalau Dato Adi Putra yang bawa, memang tidak perlu diceritakan, jahatnya dengan sedikit unsur lucu pasti akan jadi satu 'trademark' sampai ke luar nanti.


4. Dari Kisah benar kehidupan seorang Billionair

Pembikinan filem ini bukan sahaja untuk sekadar hiburan, ia diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku kepada seorang Bilionair, cukup padat dengan pengajaran, inspirasi dan kena pada norma masyarakat.

Filem ini mengangkat kisah seorang lelaki yang tidak putus asa walaupun diasak dengan pelbagai masalah, walaupun akhir-akhirnya hampir kecundang menyalahkan takdir selepas kehilangan insan tersayang, dia cuba bangun dan jadi siapa dirinya yang terkini. Tiada tayang-tayang wang ringgit untuk berjaya, cukup sekadar kisah inspirasi untuk buat orang lain berusaha dan berjaya sepertinya.

5. Teknologi CGI Khas dibawa dari India, dilakukan oleh krew sama hasilkan CGI filem Dilwale.


Pernah tonton filem terkenal India, Dilwale gempakkan? Teknologi Imej Janaan Komputer (CGI) memang 'real' kan? tahukah korang, segala-gala CGI yang ada di dalam Makrifat Cinta adalah dihasilakn dari krew yang sama dengan filem Dilwale. Jadi, tidak hairanlah filem ini merupakan di antara filem Malaysia termahal di mana menelan belanja RM4 juta.

Sedikit Sinopsis Makrifat Cinta


Kisah Mahathir, seorang lelaki berasal dari Kampung yang berhijrah ke bandar mengejar impiannya, bagi menyara hidup dan memenuhi kehendak besar isterinya Zara yang selalu membazir, Mahathir melakukan apa sahaja kerja menyara keluarganya.

Disamping itu, dia sering berjumpa dengan syarikat-syarikat besar dan bank untuk membentangkan  hasil kerjanya yang dia sendiri yakin pasti akan membuahkan hasil dengan perkembangan telekomunikasi kini yang begitu meluas.

Kehidupannya sering dikongkong oleh Zara menjadikan pelbagai kesulitan bermula, sikap Zara yang selalu menghina dan menyesal berkahwin dengannya kerana miskin membuatkan Mahathir bertindak mencari jalan pintas yang akhirnya mengundang padah.

Namun, sedikit sinar menyuluh kembali isterinya selepas berjumpa semula dengan rakan baiknya semasa dibangku sekolah iaitu Sofea, sikap penyayang Sofea membuatkan Aisha, iaitu anak Mahathir mula menyayanginya kerana terlalu dahagakan kasih sayang seorang ibu.

Apabila semakin maju kedepan, rintangan yang lebih besar bermula, Rizal, abang kepada Zara semakin besar kepala, apa yang terjadi? bersama-sama kita penuhi pawagam seluruh negara bermula 1 Januari 2018 nanti. Penulis cuma boleh kata, anda tidak akan menyesal melihat filem ini.


Galeri Gambar













Kredit gambar: Shahrizan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "