Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Yang Mahu 'Menumpang' Kasih Suami Orang, Perlu Fahami Sifir Ringkas Ini - Wan Utama

4 Dis 2017
3 ulasan

Hati wanita teramat sensitif apabila berbicara mengenai madu atau suaminya berkahwin lain. Apatah lagi apabila mendapati suaminya berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Sudah pasti luluh dan hancur setelah mendapat berita tersebut. Namun bagaimana dengan alasan jika isteri keduanya hanya mahu menumpang kasih suaminya itu?

Pada dua tiga hari lalu terdengar berita seorang artis dikatakan menjadi isteri kedua kepada seorang pemuzik. Menurut sumber pernikahan itu telah berlangsung pada bulan Ogos lalu. Bagaimanapun perkhawinan tersebut tanpa pengetahuan dan izin isteri pertama pemuzik tersebut.

Berikutan itu, ramai wanita-wanita diluar sana mengencam tindakan artis tersebut. Begitu juga dengan satu perkongsian Wan Utama mengenai sifir ringkas wanita yang menumpang kasih suami orang.


Ya Jodoh itu ketentuan Allah. Sebab itu tak pelik kadang kadang ada lelaki yg huduh dapat bini lawa namampos. Ada juga lelaki kawin dengan bos. Tapi ketentuan Jodoh paling popular ialah perempuan kawin suami orang!

Kepada perempuan, sebelum terima suami orang jadi suami kau dan kau merelakan diri utk menjadi madu:

1. Periksa dulu suami orang tu mampu ke nak tanggung lagi satu keluarga? Tanya atau cek betul betul income dia. Silap-silap selama dia bawak kau keluar atau belikan hadiah mahal-mahal kat kau, dia pakai duit bini dia. Kah !

2. Buat sikit background check kat bini dia a.k.a bakal madu kau tu! Bukan apa, mana tau bini dia tu cantik. Lepas tu kau percaya lah laki tu cakap kau cantik. Tak lama lepas kawen ngan kau, dia jumpa perempuan lain yang lagi cantik dari kau, kau pun terima nasib yang sama. Padan muka! Its karma bitch!

3. "Bini I tak boleh pregnant U. I nak anak, zuriat keturunan I, sebab itu lah i nak kawin lagi satu."

Ini antara alasan paling popular lelaki nak kawen lagi. Kalau laki tu cakap macam tu kat kau, suruh dia tunjuk laporan medical check up yang membuktikan 'pisang dia masih boleh berbuah.'

Lelaki ni ego. Dia yang mandul, tuduh isteri pulak yang tak subur. Suruh pergi cek pakar, dia cakap "Dia tau lah, bukan dia yang mandul sebab keturunan dia tak pernah mandul, semua dapat anak!"

Eh pergi jahanam dengan keturunan kau!

4. Berfikir guna otak! umur lelaki yang kau nak kawin tu dah 55 tahun, bini 1st dah 50 tahun. Kau pulak baru 27 tahun..

Lepas kawen setahun, kau pregnant. Tak sempat kau beranak, laki kau mati. Anak kau lahir jadi anak yatim. Kau ingat masa sebelum kau kawen, Lelaki kau tu kaya, tapi sebenarnya Lelaki kau tak ada apa apa harta. Kau tinggal lah sebatang kara!

Dah kena jaga baby sorang-sorang. Menangis pun tak guna sebab ada otak kau letak entah kat mana. Bongok!

5. "Wife I sekarang dah lain U. Dulu masa mula mula kahwin, hari hari cantik. Sekarang, huduh 24 jam. Pakai lipstik pun tak mau! Tak macam U, pandai bergaya, cantik, pandai berdikari!"

Kalau kau percaya cakap lelaki ni kau bodohlah kak! Tak yah aku explain panjang panjang!

6. Ini khusus untuk retis. Kau ingat kalau kau bukan retis, laki tu nak kat kau? Kah kah kah! Shame on U!

Susah payah kau bina nama, buat reputasi dalam bidang seni, last last kau rosakkan nama baik kau sebab kawen dengan laki orang! Buat malu Zed Zaidi ja sebagai presiden Seniman! Eh...

7. Kenapa pilih lelaki yang tak pernah puas dengan apa yang dia ada?
Dia dah ada bini, dah ada anak, dah lama bina keluarga. Tapi kenapa masih nak kat kau?
Kau pernah fikir perkara tu tak sebelum terima dia? Kau tahu, tapi kau penting kan diri. Kau hanya fikir bahagia kau saja! Kau selfpig (selfish+pig) kan sebenarnya!

8. "I nak kawen lagi satu sebab nak ikut sunnah Nabi. Kan elok tu! Awak pun nanti dapat Payung Emas kat syurga! Awak tak nak ke?," kata si lelaki kepada bini pertama bila kantoi kawen lain.

Eh, Time nak kawen lebih dari 1 ikut sunnah Nabi. Padahal, Time dating sebelum kawin dengan perempuan tu siap bawak pergi bercuti tidur satu bantal, kongsi satu baju. Tak cukup dia tunggang bini muda, Agama pun dia nak tunggang jugak!Jahanam!

..............................

Kesimpulan: sebenarnya tiada istilah menumpang kasih bila kau kawen dengan laki orang kak!
Tanyalah setiap isteri pertama, tak pernah mahunya dia nak bermadu!

Kau nak tumpang rumah orang, tapi tuan rumah tak bagi izin. Tapi kau masuk jugak ikut pintu belakang, lepas tu separuh rumah tu kau buat jadi rumah sendiri. Eh tu bukan kata tumpang dah tu kak! Tu kau dah macam zionis rampas rumah orang lain!

Semoga semua wanita yang menerima madu tabah menghadapi hari hari yang mendatang!

P/s: Gambar sekadar hiasan.

Sumber - Wan Utama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "