Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Pernah Lahir Anak Secara Pembedahan Berisiko Pecah Rahim Jika Mahu Bersalin Normal - Pakar

29 Dis 2017
3 ulasan

Menurut Pakar Perunding Perubatan Maternal dan Fetal, Pusat Perubatan Universiti Malaysia, Profesor Dr. Imelda Balchin, wanita yang pernah melahirkan anak secara pembedahan berisiko mengalami masalah rahim pecah jika memilih kelahiran normal untuk anak seterusnya.

Ujar beliau lagi, risiko tersebut boleh berlaku terhadap kira empat daripada 1,000 orang ibu hamil yang memilih untuk melalui proses bersalin secara normal selepas pernah melahirkan secara pembedahan.

“Kami sangat menggalakkan kelahiran normal bagi ibu dan janin tanpa masalah yang rumit, tetapi mestilah dengan cara dan lokasi yang selamat iaitu bersalin di hospital,” katanya.

Katanya, risiko tersebut boleh dikawal sekiranya ibu hamil memilih untuk bersalin di hospital kerana ada pakar dan pegawai perubatan akan memantau perkembangan ibu hamil tersebut.

Sebaliknya jika mereka memilih untuk bersalin selain daripada di hospital, misalnya di rumah dikhuatiri akan lewat menerima rawatan kecemasan untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan sekiranya rahim pecah.

Beliau pada masa yang sama juga meluahkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang menggalakkan ibu hamil untuk bersalin secara normal di rumah selepas pernah melahirkan secara pembedahan sekaligus membuatkan ibu hami tersebut terdedah kepada risiko rahim pecah.

"Golongan itu tidak pernah melihat sendiri kejadian rahim pecah.

"Pendarahannya sangat serius dan boleh menyebabkan kematian ibu dan bayi sekiranya tidak mendapat transfusi darah segera dan pembedahan serta merta untuk menyelamatkan bayi serta menghentikan pendarahan ibu," jelas beliau.

Dalam pada masa yang sama, beliau juga sempat berkongsi pengalamannya yang pernah melihat kejadian rahim pecah kira-kira dua kali setahun sepanjang 19 tahun bertugas di bilik bersalin.

"Alhamdullilah setakat ini, dengan pembedahan segera, transfusi darah dan bantuan pernafasan kepada ibu dan bayi, membolehkan semua ibu dan bayi yang saya pernah bantu selamat kerana kejadian itu berlaku di hospital," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa ibu hamil untuk mendengar nasihat yang diberi oleh pakar keihatan dan memilih hospital untuk bersalin kerana bantuan dapat diberikan dengan segera jika perkara tidak diingini berlaku.

"Kami (doktor) tahu apa yang perlu dilakukan ketika kecemasan.

"Untuk kelahiran normal selepas pernah melahirkan secara pembedahan, bersalinlah hanya di hospital dan bukan di rumah supaya anda mendapat sokongan sepenuhnya," tegasnya lagi.

Beliau turut menambah bajawa pihak yang menggalakkan ibu hamil untuk bersalin di rumah tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi untuk memberi nasihat dan bantuan jika berlaku kejadian rahim pecah sekali gus meletakkan dua nyawa dalam risiko bahaya.

Sumber : BERNAMA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "