Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Gary Lineker 'Dihentam' Selepas Retweet Video Menyayat Hati Kekejaman Tentera Israel Terhadap Kanak-Kanak Palestin

15 Dis 2017

Kezaliman tentera regim Zionis dan kehidupan warga Palestin yang terkempun dan tertindas adalah isu yang sudah lama mendapat tempat hati dalam setiap diri manusia. Ia bukan isu agama semata-mata, lebih dari itu ia melibatkan soal kemanusiaan.

Tak kiralah anda Muslim atau tidak, orang biasa atau yang ada nama besar, anda pasti tidak boleh menutup mata melihat tindak-tanduk penuh penghinaan yang dilakukan oleh tentera negara haram Israel atau lebih dikenali sebagai Israel Defence Force (IDF) dalam melayan warga Palestin.

Terbaru, seorang lagenda bola sepak England, Gary Lineker yang juga pengacara di rancangan bual bicara BBC Match Of The Day turut memberi respon yang serupa terhadap kekejaman IDF ini.

Dengan jumlah pengikut yang melebihi 6 juta orang di Twitter, Gary Lineker sememangnya mempunyai pengaruh yang agak besar, maka tidak hairanlah pendapatnya yang menyokong warga Palestin diserang habis-habisan oleh golongan pro-Israel ini.

Pada yang belum tahu, Gary Lineker pada 11 Disember lalu telah tweet semula ataupun retweet satu sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang wartawan dari England bernama Ben Whita di mana video itu memaparkan kelakuan tidak berperi kemanusian IDF terhadap kanak-kanak Palestin dengan caption 'Sickening'. Sickening kalau diterjemah secara biasanya boleh difahami sebagai sesuatu yang mengganggu atau menggambarkan kekecewaan.


Dalam video tersebut, boleh dilihat dengan jelas bahawa IDF memperlakukan secara kasar terhadap kanak-kanak Palestin yang tidak mampu memberikan ancaman pun kepada IDF yang mempunyai kelengkapan senjata yang cukup. Kanak-kanak tersebut dilihat merayu kerana kesakitan setelah tangannya dikilas secara kasar namun tidak dipedulikan oleh tentera tersebut. Sebaliknya ia di tarik dengan ganas dan dibawa ke kawasan tahanan.

Video yang dimuat naik tersebut adalah dari sumber Badan Hak Asasi Manusia Jurusalem yang mendedahkan keadaan kanak-kanak Palestin yang menjadi sasaran tahanan IDF selain turut dikurung di dalam sangkar kecil.

Bagaimanapun, retweet Gary Lineker mula mendatangkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen pro-Israel. Satu per satu mula menyerbu akaun twitter Gary Lineker dan menunjukkan belang masing-masing dan menhentam Gary Lineker sebagai 'luar konteks' dan memberi respon dengan mengatakan bahawa 'kamu tidak tahu betapa radikal pengganas dan bagaimana mereka mempergunakan kanak-kanak'.

Gary Lineker bagaimanapun memberi jawapan balas terhadap kritikan tersebut dengan mempersoalkan kembali kewajaran kanak-kanak tersebut diletak di dalam sangkar.

''Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi ia sesuatu yang salah apabila mengurung kanak-kanak di dalam sangkar. Adakah anda fikir layanan yang diberikan itu adalah betul?

''Saya pernah mengetengahkan isu fasisme, pelampau, keganasan dan banyak lagi. Tetapi anda kelihatan tidak berminat dengannya.

''Saya tidak berpihak kepada sesiapa melainkan bercakap mengenai layanan yang diterima oleh kanak-kanak tersebut. Tiada satu alasan pun yang dapat menghalalkan tindakan kamu mengurung mereka,'' katanya.

Kritikan panas Gary Lineker terhadap golongan pro - Israel ini akhirnya memaksa campur tangan Jurucakap IDF, Peter Lener untuk turut menghentam Gary Lineker.


''Maaf, anda salah. Apabila kanak-kanak membaling batu, mereka telah mengganggu ketenteraman awam.

''Ia perlu dihentikan. Memang benar video tersebut menayangkan perkara yang tidak menyenangkan, tetapi ia hanya rakaman selepas kejadian (membaling batu). Kamu patut lebih arif ,'' katanya.


Namun Gary Lineker tidaklah keseorangan dalam memperjuangkan pendapatnya mengenai layanan tidak wajar IDF terhadap tahanan kanak-kanak. Beberapa pengikutnya turut tampil menjawab semua hentaman yang dilemparkan oleh golongan pro-Israel ini.

''Bagus Gary. Orang yang bertanggungjawab patut berkongsi respon kamu,'' kata seorang pengarah filem, Ken Loach.

''Saya mengangumi komitmen anda terhadap isu kemanusian dan sokongan kamu terhadap kanak-kanak Palestin. Semoga kamu di rahmati,'' kata Mohamed Syafiq yang juga lantang mengkritik ektremis Islam.

''Terima kasih Gary. Ini bukan isu politik, ini adalah usaha untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung hak asasi manusia,'' kata AJ Joshi pula.

''Penghormatan untuk kamu kawan. Kebebasan, keadilan, kesaksamaan dan keamanan. Mengurung kanak-kanak dalam sangkar adalah salah. Kanak-kanak ini menentang kezaliman,'' kata seorang selebriti, Roger Waters.

Video itu pada awalnya dimuat naik oleh seorang wartawan England yang pro-Palestin, Ben White telah beberapa kali terlibat dengan pergerakkan hak asasi manusia dalam mengumpul bukti mengenai kekajaman dan kezaliman IDF terhadap warga Palestin.

White melalui tweetnya juga turut berkongsi kenyataan yang pernah dibuat oleh Betty McCollum, anggota Kongres Amerika Syarikat daripada Parti Demokratik.

''Kanak-kanak Palestin dari usia seawal 12 tahun telah diambil oleh polis dan tentera Israel dari katil mereka pada waktu malam. Ditutup mata dan di bawa ke pusat tahanan,'' kata ahli Kongres tersebut.

Kenyataan Betty McCollum itu adalah bagi menggesa kerajaan Amerika Syarikat tidak menggunakan hasil cukai rakyatnya untuk membantu Israel menahan kanak-kanak Palestin.

Israel merupakan negara penerima terbesar bantuan daripada Amerika Syarikat dengan jumlah sebanya USD 3.8 bilion setiap tahun, 25 peratus dari keseluruhan bajet pertahanannya. Kritikan ini dibuat selepas terdapat kemungkinan Israel dibenar menggunakan hampir USD 800 juta setiap tahun dana tersebut tanpa pemantauan wakil dari Amerika Syarikat yang mana sebahagiannya digunakan dalam kempen IDF menahan kanak-kanak Palestin.


White juga turut mendedahkan data berdasarkan laporan Defense For Children pada tahun 2016 yang mendapati Israel menjadi satu-satunya negara yang secara konsisten menahan 500 hingga 700 orang kanak-kanak dan mendakwa mereka di mahkamah setiap tahun.

Sumber : The Sun, Twitter Gari Lineker
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Kalah melulu main di agen lain?
    mari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^

    BalasPadam
  2. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  3. Promo www.Fanspoker.com :
    - Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
    - Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
    - Bonus Referal 20% Seumur Hidup
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  5. Dapatkan Bonus Menarik Setiap Harinya di Liburpoker
    • PROMO BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 25%
    • PROMO BONUS HARIAN 10%

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "