Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sanggup Habisan Wang Pencennya Demi Membina Tempat Pelindungan, Lelaki Ini Selamatkan Puluhan Anjing Tersesat

16 Dis 2017
One Comment

Seorang lelaki tekad untuk membina tempat pelindungan bagi anjing-anjing tersesat yang telah diselamatkan di kawasan kejiranannya.

Hassan, 70, mula menyelamatkan anjing pada tiga tahun lalu apabila dia melihat
beberapa orang di kawasan kejiranannya bertindak kejam terhadap haiwan tersebut.

"Saya banyak kali melihat haiwan tersebut dibaling batu sehingga kepala mereka bedarah dan badan terluka."

Jelasnya, itu tidak termasuk jika penangkap anjing datang dan membunuh anjing tersebut.


Hassan telah memutuskan bahawa selagi dia masih hidup, dia akan melakukan apa sahaja untuk haiwan yang telah dia selamatkan. Dia juga turut mendapat sokongan penuh dari isteri serta anak-anaknya.

"Dari muda, saya telah mengajar mereka bahawa setiap kehidupan adalah berharga dan perlu dihormati, tidak kira apa jenis haiwan itu. Mereka sama seperti saya, mereka menghargai dan menghormati setiap kehidupan."

"Pada mulanya saya hanya memberi makan kepada anjing-anjing di luar rumahnya. Namun jiran-jirannya tidak menyukai dan sering membuat aduan," katanya.


Akhirnya, dia membuat keputusan untuk membiarkan haiwan tersebut tinggal di dalam rumahnya untuk mengelakkan masalah.


Beliau pernah menyelamatkan seekor anjing yang diberi nama Cindy, yang ditemui dalam keadaan kakinya yang patah dan sangat kurus.

Sejak itu, ia meningkat kepada lebih 20 ekor anjing, yang menyebabkan jiran-jirannya menimbulkan rasa kurang selesa mengenai keadaan itu lagi.

"Ada jirannya yang berusia 20 tahun datang ke rumah saya untuk memberitahu saya bahawa menyentuh dan menyelamatkan anjing menentang kepercayaan agama saya tetapi saya tidak bersetuju. Anjing juga dicipta oleh Allah." katanya.

Tidak dengan itu, jirannya membuat aduan kerana dia membela terlalu banyak anjing. Dia yang tiada pilihan lain terpaksa berpindah ke tempat lain. Dia cuba menyewa tempat lain tetapi mereka tidak bersetuju dengan bayaran sewa. Akhirnya, dia berjaya mencari tempat yang sesuai tetapi pada masa ini ia masih dalam pengubahsuaian.



"Saya hampir menggunakan keseluruhan wang pencennya untuk mendapatkan pelindungan untuk mereka. Saya juga sedang mempertimbangkan untuk menjual rumah demi menambah kos pelindungan haiwan tersebut," jelasnya.




Sumber - World Of Buzz
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "