Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Farid Kamil Dan Aaron Aziz Kini Begelar Datuk, Muncul Antara 169 Penerima Pingat Kebesaran Negeri Pahang

16 Dis 2017

Aktor filem Tombiruo Penunggu Rimba, Farid Kamil dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz muncul antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang.

Pengurnian darjat kebesaran negeri itu adalah sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.

Farid Kamil, 34, dan Aaron Aziz, 41, masing-masing dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Isteri Menteri Wilayah Persekutuan, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mendahului senarai 169 penerima yang dikurniakan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Antara penerima lain dari 78 orang yang turut menerima darjah kebesaran seperti Farid Kamil dan Aaron Aziz adalah Pengarah KGSS Venture Holdings Sdn Bhd, Tengku Ferozdin Tengku Abdul Rahim, Ketua Pengarah Eksekutif Felcra Berhad, Datuk Zulkarnain Md Eusope dan Pengarah Kastam Kelantan, Datuk Mohd Nasir Yusoff.

Farid Kamil yang juga pelakon, pengarah dan Penerbit Filem FKX Sdn Bhd pernah membintangi beberapa filem pelbagai genre antaranya Rem-It, V3 Samseng Jalanan dan Lagenda Budak Setan. Perkahwinannya bersama aktres jelita, Diana Danielle dikurnikan dua cahata mata, Mohammd, 4, dan Nur Aurora, 2.

Manakala Aaron Aziz adalah pelakon kelahiran Singapura yang kini berhijrah ke Malaysia untuk mengembangkan kariernya. Kehadirannya ke tanah air berjaya memeriahkan industri tanah air apabila beberapa filem lakonannya mencatatkan kutipan tinggi antara filem KL Ganster dan KL Gangster 2. Selain itu, Aaron Aziz turut pernah menjadi pelakon utama beberapa filem lain ataranya Pisau Cukur dan Lari.

Sumber : myMetro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. Mari bergabung dengan saya di www*F4nsBett1ng*com
    Proses cepat, aman dan terpercaya

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "