Iqram kerap membuat rakaman siaran langsung menerusi akaun Instagram miliknya sambil membuat tarian yang pelik dan aneh.
Ramai rakan artis yang memberikan reaksi terhadap keadaan Iqram waktu ini. Tidak kurang juga ramai yang masih beranggapan bahawa Iqram masih lagi Iqram Dinzly yang dulu.
Iqram dikatakan berperangai pelik selepas kehilangan ayahnya yang tercinta baru-baru ini. Sejak daripada itu, Iqram sering kali muncul dengan rakaman live di laman Instagram.
Ramai rakan artis yang memberikan reaksi terhadap keadaan Iqram waktu ini. Tidak kurang juga ramai yang masih beranggapan bahawa Iqram masih lagi Iqram Dinzly yang dulu.
Iqram dikatakan berperangai pelik selepas kehilangan ayahnya yang tercinta baru-baru ini. Sejak daripada itu, Iqram sering kali muncul dengan rakaman live di laman Instagram.
Hari ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan telah mengemas kini status terbaru dan menulis surat terbuka khas buat Iqram Dinzly.
Dalam surat tersebut, Dr. Zulkifli pertamanya mengucapkan takziah untuk keluarga Iqram atas pemergian ayahnya baru-baru ini. Beliau juga menasihatkan Iqram supaya abaikan cemuhan dan makian netizen terhadap dirinya dan sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran.
Di pengakhiran surat tersebut, Mufti Wilayah dengan berbesar hati menjemput Iqram Dinzly hadir menemuinya di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya suapaya pihak Mufti dan Iqram dapat lebih mengenali antara satu sama lain serta dapat bertukar pendapat tentang keadaan Iqram ketika ini.
Berikut adalah surat terbuka lengkap yang dipetik dari Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.
SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA IQRAM DINZLY
السَّلامُ عَلَيْكُم ورَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُ
Salam perkenalan kepada saudara yang kami kasihi, Iqram Dinzly.
Baru-baru ini kami terbaca laporan akhbar, juga kisah-kisah di media sosial berkenaan kehidupan saudara kini. Pertamanya, kami ingin ucapkan takziah atas pemergian papa tercinta, almarhum Muhammad Saipuddin Ahmad Said. Semoga Allah menghimpunkannya bersama-sama dengan orang yang soleh. Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi
Berkenaan hal-hal yang berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami tidak tahu keadaan yang sebenar. Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum akan cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap saudara. Nasihat kami, cemuhan-cemuhan berkenaan tidak perlu dipedulikan dan diambil perhatian kerana sejujurnya ia akan lebih memberikan tekanan kepada saudara.
Dalam pada itu, kami nasihatkan saudara supaya mendekati al-Qur’an, begitu juga zikir-zikir. Kami ada menonton beberapa LV saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir. Itu adalah hal yang amat baik kerana hanyasanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang.
Akhir kalam, kami menjemput saudara Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain, juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan saudara. Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan. Boleh hubungi kami melalui Twitter @drzul_albakri atau Instagram @drzulkifli.albakri
Semoga Allah memberikan ketabahan kepada saudara dalam menempuh ranjau kehidupan dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Amin.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Rabu, 27 Disember 2017 bersamaan 8 Rabi’ul Akhir 1439H
3.08 petang.
Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50
BalasPadamF4ns Bett1ng
BalasPadamB0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50
ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
BalasPadammenangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^