Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guna Teknik 'Niko Niko Pace', Warga Emas Ini Berjaya Lari Sejauh 2 Jam 40 Minit Walaupun Umur Dah 70 Dan Ada Sakit Jantung

27 Dis 2017
4 ulasan

Dari seorang atlet yang memberi fokus sepenuhnya kepada acara marathon, kemudian terpaksa berputus asa kerana mempunyai masalah kesihatan. Suatu ketika, dia menumpukan segalanya untuk memastikan dirinya dapat menyertai salah satu acara marathon paling berprestij di Jepun, Hakone Ekiden. Namun semua usahanya hanyalah sia-sia apabila pelbagai komplikasi kesihatan akibat latihan marathon yang berlebihan, dia akhirnya terlantar di hospital.

Disahkan mengalami masalah jantung, dia digugurkan dari acara tersebut. Doktor memberitahu bahawa badannya hanya mampu melakukan aktiviti ringan yang tidak memerlukan pergerakkan yang melampau. Demi minat, dia beralih arah dari acara balapan tersebut ke bidang akademik, membuat penyelidikan mengenai teknik larian yang sesuai untuk semua orang walaupun mempunyai masalah kesihatan sepertinya.

Dari seorang atlet marathon yang mampu berlari dengan pantas, dia kini berkempen untuk menggalakan orang ramai berlari secara perlahan kerana mempunyai banyak kebaikkan terutama untuk atlet marathon sepertinya. Berjaya membuktikan penyelidikannya, dia kini mampu kembali menyertai kejohanan marathon walaupun suatu ketika dahulu masalah kesihatan menjadi penghalang.

Malah dia berjaya mencatatkan masa peribadi terbaik 2:38:50 di Betsudai Marathon. Marathon kelapan belasnya dengan hanya mengamalkan teknik larian yang dibangunkannya sendiri. Dia adalah Profesor Hiroaki Tanaka,70, pengasas Teknik Slow Jogging.

Profesor Hiroaki Tanaka
Perkataan 'slow' mungkin membuatkan kita hairan kerana biasanya berjogging lebih dekat dengan teknik larian laju / pecut. Namun tahukah anda, Profesor Tanaka mendapati bahawa berjogging dengan pergerakkan perlahan adalah kaedah terbaik selain ia lebih efisyen, lebih sihat, dan bebas sakit ketika berlari untuk semua peringkat umur dan gaya hidup.

Kunci utama kepada Slow Jogging adalah Niko Niko Pace, niko niko adalah Bahasa Jepun yang bermaksud 'senyum'. Berbanding kaedah jogging konvensional yang menggunakan banyak tenaga, slow jogging lebih kepada seolah-olah anda sedang berjalan, malah ia membolehkan anda untuk berbual dengan orang lain ketika berjogging, ataupun sekurang-kurangnya melemparkan senyuman.

Namun Slow Jogging bukan sekadar berkisar kepada Niko Niko Pace sahaja. Malah ia turut melibatkan pelbagai teknik lain bagi mengelakkan kaki anda tercedera termasuklah kaedah memijak secara lembut yang tidak memberi terlalu banyak tekanan kepada sesuatu kawasan di tapak kaki. Ada dua perkara yang anda perlu utamakan :

1. Pilih Kasut Yang Sesuai

Perkara pertama yang perlu anda buat adalah memilih kasut yang sesuai untuk teknik slow jogging. Kebanyakkan kasut sukan yang ada di pasaran mempunyai tapak yang tebal di bahagian tumit. Ia menyebabkan tumit anda mendapat tekanan yang lebih dan mungkin mengalami kecederaan. Justeru anda mestilah memilih kasut sukan yang mempunyai tapak rata dan tidak tebal di bahagian tumit.



2. Teknik Memijak Yang Betul

Kedua adalah teknik memijak. Jika anda perasan, setiap kali anda berjogging anda gemar menggunakan tumit terlebih dahulu untuk memijak. Bayangkan jika menggunakan tapak kasut yang keras dan anda dalam pace tinggi, tumit anda mempunyai risiko tercedera yang amat tinggi. Slow Jogging pula memerlukan anda untuk membahagikan tekanan sama rata pada seluruh bahagian tapak kaki. Justeru anda perlu memijak dengan seluruh tapak kaki secara serentak, bukannya menggunakan tumit terlebih dahulu.

Profesor Tanaka turut menggariskan beberapa teknik yang perlu diberi perhatian jika ingin mengamalkan teknik Slow Jogging.

1. Lari Perlahan Dengan Langkah Kecil

Slow Jogging adalah teknik berlari pada pace seolah-olah sedang berjalan. Jadi anda tidak memerlukan langkah besar seolah-olah anda hendak memecut.

2. Jangan Bengkokkan Badan.

Seperti teknik pertama, anda tidak perlu mencondongkan badan ke hadapan seolah-olah anda sedang berlari dalam acara pecut. Anda hendahlah memastikan postur anda sentiasa dalam keadaan tegak seperti sedang berjalan.

3. Pergerakkan Bahu Yang Minimum.

Anda tidak perlu terlalu menghayun bahu anda dengan laju ketika menggunakan teknik Slow Jogging. Cukuplah sekadar hayunan yang minimum untuk memberi keselesaan ketika anda bergerak.

4. Bernafas Seperti Biasa.

Anda harus menjaga pernafasan anda. Ketika berjogging, kita cenderung untuk bernafas dengan laju dan kuat. Sebaliknya dengan teknik Slow Jogging, anda cuma perlu bernafas seperti biasa, seolah-olah bukan sedang berjogging. Kemudian, lontarkan senyuman.

5. Jangan Tunduk

Kepala anda harus ditegakkan sedikit dan mata memandang ke depan seolah-olah sedang memerhatikan sesuatu yang berada jauh di hadapan. Kemudian, berbualah jika anda mempunyai teman berjogging. Jika anda mendapati sukar untuk anda berbual, ia bermakna pace jogging anda adalah laju dan tidak mengikuti teknik Slow Jogging.

6. Perhatikan Teknik Memijak Anda

Anda perlu memijak permukaan litar dengan lembut dan selesa, selain tidak memberi tekanan berlebihan pada bahagian tumit. Tidak perlu menekan dengan terlalu kuat ketika memijak.

Untuk peringkat awal, Profesor Tanaka menyarankan orang ramai mengamalkan teknik Slow Jogging ini untuk tempoh masa 1 minit diselang seli dengan berjalan selama 30 saat sebelum dapat membiasakan diri dengan teknik tersebut.

Jadi, anda boleh saksikan video dibawah untuk memahami dengan lebih lanjut teknik Slow Jogging ini.



Sumber : Slow Jogging International 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "