Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Percikan Api Pengecas Telefon Terbakar Sambar Tilam Jadi Punca Kebakaran Rumah Di Shah Alam

28 Dis 2017
2 ulasan

Seorang lelaki tidak sangka bahawa pengecas telefon yang digunakannya menjadi punca kebakaran rumahnya di Dataran Automibil, Seksyen 15 di Shah Alam, Selangor kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Menurut Timbalan Ketua Pokis Shah Alam, Superitendan Ned Zaidi Zakaria, ketika kejadian mangsa ketika itu sedan mengecas telefon bimbit di atas tilam di dalam bilik.

Mangsa kemudian menyedari berlaku percikan api dari pengecas telefon bimbit tersebut sebelum ia terkena pada tilam.

"Percikan itu menyambar tilam mangsa. Dia cuba memadam api di itu tetapi tidak berjaya kerana material tilam mudah terbakar.



"Mangsa terus menghubungi pihak polis dan bomba kerana api semakin marak dan merebak. Dipercayai kebakaran berpunca dari litar pintas" katanya.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Seksyen 15, Azmel Kamaruddin, pihaknya memerlukan masa kira-kira 25 minit untuk memadamkan kebakaran tersebut sepenuhnya.

"Bomba turut melakukan pemantauan selepas api berjaya dipadam kerana mahu memastikan tiada nyalaan semula," katanya yan turut memberitahu bahawa kebakaran melibatkan kawasan ruang tamu dan bilik.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "