Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pahang Tak Boleh Mohon Lesen AFC Selama 2 Tahun, Perak Didenda RM 35,000 Antara Hukuman Yang Dikenakan Oleh FAM

21 Dis 2017
5 ulasan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasmi persatuan tersebut telah memutuskan untuk menghukum Persatuan Bolasepak Pahang, Persatuan Bolasepak Perak dan 3 orang pemain dan seorang jurulatih penjaga gol dari pasukan Terengganu City FC atas kesalahan yang dilakukan sepanjang liga musim lepas berlangsung.

Keputusan hukuman tersebut dibuat berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM kali keempat bagi penggal 2017-2021 pada 20 Disember 2017 (Rabu), semalam.

Bagi Persatuan Bolasepak Pahang (PBNP), mereka dilarang daripada memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun di atas kesalahan enggan atau gagal mendaftarkan pasukan untuk berman di kejohanan Piala AFC 2018 walaupun FAM mengeluarkan surat arahan untuk berbuat demikian bertarikh 24 November 2017.

Jawatankuasa Tatatertib FAM mendapati keengganan atau kegagalan PBNP telah melanggar Artiker 14, Statut FAM. FAM pada masa yang sama juga turut memberi amaran keras terhadap PBNP dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika PBNP mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan.

Manakala bagi Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) pula, mereka didapati melakukan 4 kesalahan dalam perlawanan Separuh Akhir 1 Piala Malaysia 2017 di Stadium Ipoh ketika melayan kunjungan Johor Darul Ta'zim pada 15 Oktober yang lalu.

Bagi kesalahan-kesalahan tersebut, FAM mengarahkan PAFA untuk membayar denda keseluruhan sebanyak RM 35,000 selain turut diarahkan bermain di dalam stadium kosong di gelanggang sendiri untuk dua perlawanan. PAFA juga turut diberi amaran keras dan boleh dikenakan hukuman yang lebih berat jika mengulagi kesalahan yang sama.

Bagi Terengganu City FC pula, hukuman yang diberi hanyalah membabitkan pemain dan jurulatih sahaja. Tiga pemain yang dihukum oleh FAM adalah Mohd Haris Safwan Mohd Kamal, Shafuan Adli Shaari dan Syam Shahril Ghulam manakala jurulatih penjaga gol adalah Zulkipli Ismail.

Mohd Haris Safwan Mohd Kamal didapati bersalah dengan berkelakuan ganas dan menampar pemain pasukan lawan (Ammar Akhmal Alias) dalam perlawanan Suku Akhir 2 Piala FAM menentang Felcra FC pada 27 September lalu. Bagi kesalahan tersebut, Haris Safwan digantung lima perlawanan dan didenda sebanyak RM 3,000 selain turut menerima amaran keras daripada FAM.

Bagi Shafuan Adli Shaari dan Syam Shahril Ghulam pula, mereka didapati tidak mempamerkan semangat kesukanan apabila menceroboh ke dalam padang dan mengejar pengadil perlawanan (Abd Rahman Wahab) dalam perlawanan yang sama. Mereka berdua menerima hukuman gantung sebanyak lima perlawanan serta turut didenda sebanyak RM 3,000. Dia juga turut diberi amaran keras oleh FAM.

Manakala bagi Zulkipli Ismail pula, dia didakwa berkelakuan ganas, mengejar dan menendang di bahagian betis sebelah kiri Penolong Pengadil 1 (Mohd Khairul Nizam Radzali) dalam perlawanan yang sama. FAM mengarahkan Zulkipli menjalani penggantungan selama 6 bulan selain turut diarahkan membayar denda sebanyak RM 5,000 dan diberi amaran keras.

Bagi hukuman-hukuman tersebut, semua pihak yang didapati bersalah dibenarkan untuk membuat rayuan kepada FAM.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Daruk Baljit Singh Sidhu.

BACA : ''Hampir Dua Bulan, Tetapi Tiada Apa-Apa Tindakan'', Bakri Ibni Persoal FAM Apa Sudah Jadi Dengan Kes Safiq Rahim

Sumber : Persatuan Bolasepak Malaysia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. KES bagi player negeri selatan apa cer?

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  4. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "