Mungkin sudah menjadi kebiasaan pada netizen apabila para wanita memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak seterusnya memilih untuk menjadi guru tadika atau pra sekolah. Tapi, menjadi sedikit janggal dan lari dari norma masyarakat Malaysia apabila Lelaki menceburi bidang tersebut.
Namun apa yang diceritakan oleh Adinata Gus ini nyata membuka mata seluruh rakyat Malaysia bahawa bidang pendidikan awal kanak-kanak ini juga mampu digalas oleh Lelaki seperti beliau.
Beliau yang kurang berpengalaman, kadang-kala tertekan dan malu tidak menjadi batu penghalang untuk beliau menyelusuri bidang ini dengan lebih mendalam.
Adinata juga banyak menghabiskan masa terluangnya untuk mempelajari dan mengkaji info-info serat teknik-teknik yang sistematik untuk dipraktikkan ketika mengajar di dalam kelas. Memilih kerjaya sebagai guru tadika nyata bukan lah satu kesilapan dalam diri beliau. Malah, ia memberi 1001 pengalaman yang hebat untuk memberi inspirasi kepada anak muda yang lain supaya tidak malu dan takut untuk mencuba bidang yang jarang diterokai oleh golongan maskulin ini.
Jom ikuti kisah Adinata Gus dan menyelami pengalaman beliau sebagai Guru Tadika. Semoga dapat memberi manfaat dan pengajaran berguna untuk diteladani.
Adinata juga banyak menghabiskan masa terluangnya untuk mempelajari dan mengkaji info-info serat teknik-teknik yang sistematik untuk dipraktikkan ketika mengajar di dalam kelas. Memilih kerjaya sebagai guru tadika nyata bukan lah satu kesilapan dalam diri beliau. Malah, ia memberi 1001 pengalaman yang hebat untuk memberi inspirasi kepada anak muda yang lain supaya tidak malu dan takut untuk mencuba bidang yang jarang diterokai oleh golongan maskulin ini.
Jom ikuti kisah Adinata Gus dan menyelami pengalaman beliau sebagai Guru Tadika. Semoga dapat memberi manfaat dan pengajaran berguna untuk diteladani.
Ini adalah #thread tentang perjalanan karier saya sebagai satu-satunya guru lelaki di dalam sebuah tadika. Menurut saya ini adalah satu pengalaman yang patut saya kongsikan bersama-sama orang-orang muda terutamanya di luar sana pic.twitter.com/pOXU2C5msh— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Memandangkan bidang pendidikan awal kanak-kanak ini tak ramai lelaki, jadi one day aku pun terfikir. Why not cuba dan let's see what happened next. Entah dari mana datang seruan untuk cebur diri dlm bidang pendidikan ni aku pun tak sure. Instinct.— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Start from there 3 bulan sebelumnya aku dah mula study dan buat preparation. Buka website dan minta kerja. Luckily, memang ada kindergarten yang open for male gender. Aku pun mula beli buku-buku dan hadap artikel di internet hari-hari 😂 pic.twitter.com/l9ZWiINeq3— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Ada waktu sela ( masa ini tanam anggur lagi 😭 ) aku pun buka channel-cahnnel youtube luar negara nak kasi faham sikit teknik mengajar diaorang. Hmm mostly fun and banyak outdoor. Jadi, slowly aku develop character ke'cikgu'an itu 😂 sampai training bercakap depan cermin.— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Tak lama kemudian aku dapat panggilan kerja. Maka bermulalah episod baru dalam hidup. Dengan penuh rasa debar dan teruja aku harung saja apa saja di depan. Mak aku pun okay dengan pilihan kerja ini. Ahli keluarga risau juga lah pada mulanya— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Haha mana taknya, semua risau fasal gaji, masa depan dan kehidupn aku sendiri. Aku pun hanya ada sijil Matrikulasi sebagai sijil tertinggi. Malu tak malu jugalah bila ada orang questioned capability dan gender stigma asbab profesion ni. Semuanya aku jawab dengan tenang haha 😂— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Kerja-kerja melibatkan kanak-kanak memang nampak adorable. Ada waktunya stress level agak tinggi. Jadi di sini lah kita boleh ukur tahap kesabaran diri. Contohnya menjawab 5373828 soalan pada satu-satu masa 😂 pic.twitter.com/vmobwz4KpG— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Frankly, gaji boleh hidup lagi setakat ini. Unless, kau owner atau ada pangkat sikit dalam hierarki kerja. Tak ada masalah pun bagi aku, all you need is strong will dan passion. InshaAllah dua perkara ini akan drive utk long term pic.twitter.com/KVtNhDHRWe— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Oh ada ada banyaaaak part yang best jadi pre-school teacher. Birthday celebration? Haha setiap bulan makan kek wei. pic.twitter.com/1rlRkxA6zw— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Paling happening bila ada celebration event tertentu. Ini contoh art work (task) aku dapat masa kena conduct hari sukan. Dapat teacher lelaki memang dinosaur ajelah idea aku 🙈 pic.twitter.com/jGoijxPw7G— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Mula-mula kerja, memang malu nak kena menari menyanyi depan murid-murid dan cikgu perempuan. Tetapi itulah kata orang, alah bisa tegal biasa. Lama-lama hmm setakat baby shark tu dah advanced 👍🏻🔥 pic.twitter.com/fkB3qrv3W6— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Ok masuk part mengajar pula. Sejujurnya aku sangatlah curious apa kaedah yang paling efisien dan efektif utk tarik minat mereka supaya ingat setiap patah perkataan yang kita ajar. Every single day aku try and error method tertentu. pic.twitter.com/6IfdvzfbEK— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Praktis aku di dalam kelas mudah saja (tetapi masih berpandukan silibus). Melihatkan anak-anak hari ini aku conclude pendekatan terhadap mereka tak sama mcm kita dulu. Ada waktunya aku follow the flow tapi kena twist sikit supaya pada masa yg sama mereka serap apa yg diajar. pic.twitter.com/zY4aBeWGGm— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Praktis aku di dalam kelas mudah saja (tetapi masih berpandukan silibus). Melihatkan anak-anak hari ini aku conclude pendekatan terhadap mereka tak sama mcm kita dulu. Ada waktunya aku follow the flow tapi kena twist sikit supaya pada masa yg sama mereka serap apa yg diajar. pic.twitter.com/zY4aBeWGGm— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Day to day, diri dah mula boleh adapt. Tetapi akan ada setiap hari cabaran-cabaran baru. Somehow, mengingatkan aku tentang kita masa kecil-kecil. About the learning process. Kena banyak mistakes barulah tersedar. pic.twitter.com/5BDtev6SW3— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Talking about field trip? Haha memang tak menang tangan bila bawa mereka keluar. Pada aku benda biasalah kalau budak-budak ni excited. Aku pun suka tengok mereka ketawa. Sebab mereka tak tahu bahawa childhood ni tak akan kembali lagi sebenarnya 😭 pic.twitter.com/zHMCw81MDW— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Suatu waktu aku pernah soal diri sendiri, kenapa Tuhan campakkan aku dalam bidang yang tak pernah terfikir pun untuk duduk lebih dari 2 tahun. Tetapi bila kenang semula, di sinilah aku banyak betulkan kembali diri sendiri. pic.twitter.com/UyGS2lJvvW— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Suatu waktu aku pernah soal diri sendiri, kenapa Tuhan campakkan aku dalam bidang yang tak pernah terfikir pun untuk duduk lebih dari 2 tahun. Tetapi bila kenang semula, di sinilah aku banyak betulkan kembali diri sendiri. pic.twitter.com/UyGS2lJvvW— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Ada waktu, bila di tadika kau akan automatik jadi penenang dan pereda bila ada yang mula tantrum dan tak selesa. Ini sifat semulajadi kanak-kanak. Maka aku pun gunakanlah segala taktik dan helah untuk tenangkn keadaan. Susah juga woi kalau mood mereka tak kena 😂 pic.twitter.com/Q7DDrps8YG— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Dan momen yang paling manis bila tiba hujung tahun tentulah kepuasan bila tengok anak murid graduate dan itu jugalah momen paling menyedihkan juga sebenarnya. Umpama kau hilang rakan karib seramai-ramainya sekaligus. pic.twitter.com/eJjIAdkjdF— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Dan waktu tak pernah menghilangkan apa pun daripada sebahagian diri kita, cuma kita bergerak terlalu pantas mengejar impian-impian yang tak selesai. Sehingga terlupa waktu kecil adalah waktu paling indah dan tiada gantinya. pic.twitter.com/1b6vAFR1JZ— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Dan waktu tak pernah menghilangkan apa pun daripada sebahagian diri kita, cuma kita bergerak terlalu pantas mengejar impian-impian yang tak selesai. Sehingga terlupa waktu kecil adalah waktu paling indah dan tiada gantinya. pic.twitter.com/1b6vAFR1JZ— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Disebabkan profesion ini jugalah buatkan aku rasa terhutang budi pada guru-guru yang penuh sabar mengenalkan kita apa itu a,b,c dan 1,2,3. Dan semenjak itu aku nekad akan sedekah al-fatihah kepada guru-guru dan mendoakan kesejehteraan mereka dunia akhirat. pic.twitter.com/7B957OURP5— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Itu saja sedikit pengalaman yang boleh aku kongsikan, semoga dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan di luar sana tidak kiralah dalam apa bidang sekalipun. Yang terpenting adalah niat, passion, kejujuran dan keihklasan ketika melaksanakan satu-satu pekerjaan. pic.twitter.com/vFxjmA4UoJ— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Semoga Allah membuka jalan kepada kita terhadap apa pun kesukaran yang kita hadapi sebelum ini maka dengan itu kita pula selayaknya mensyukuri setiap detik yg tlh dilalui walau ada pahit maungnya. Bertahanlah! pic.twitter.com/wV3EeYTxLS— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Aku pernah kata pada mak, " Abang memang tak ada bakat sangat dalam akademik, nak bagi mak tengok abang pakai topi ijazah pun tak boleh, tapi InshAllah kerja ni boleh bantu buat mak senyum sebab tengok anak murid graduate, hasil usaha abang sendiri 😂😂." pic.twitter.com/3tkT9Ctw7a— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
Sumber: Adinata GusSekian saja sekali ini. Salam maaf jika tersalah atau terkecil hati. Selamat menunaikan ibadah kerja untuk semua 🎈.— adinata gus (@adntgs) December 12, 2017
DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
BalasPadamdicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*
Promo www.Fanspoker.com :
BalasPadam- Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
- Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
- Bonus Referal 20% Seumur Hidup
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
Dapatkan Bonus Menarik Setiap Harinya di Liburpoker
BalasPadam• PROMO BONUS DEPOSIT NEW MEMBER 25%
• PROMO BONUS HARIAN 10%