Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Maut Ketika Baring Tengok TV, Senapang Patah Milik Datuk Terjatuh Dan Meletup Kena Muka

13 Dis 2017
One Comment

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun maut selepas terkena tembakan senapang patah yang dipercayai terjatuh di kediaman datuknya di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena dalam kejadian yang berlaku 11 pagi tadi.

Ketika kejadian, kanak-kanak yang dikenali sebagai Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin sedang berbaring keseorangan di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Kemudian, senapang patah milik moyangnya yang berusia 80 tahun yang disandarkan di tepi dinding jatuh secara tiba-tiba menyebabkan ia meletuk secara tidak sengaja dan melepaskan tembakan yang terkena pada pipi kanak-kanak malang tersebut.

Menurut bapa mangsa, Mohd Hishamuddin Azmi, 34, anaknya tinggal bersama datuk, nenek, dua bapa dan ibu saudaranya selepas dia dan isterinya, Wan Nor Suriati Wan Masri, 26, bercerai kira-kira tiga tahun lalu.

“Ketika kejadian, saya sedang bekerja di Jitra sebelum dihubungi bekas isteri yang memaklumkan Puteri Intan Sharini meninggal dunia.

“Saya bergegas ke rumah berkenaan dan sebaik tiba, saya tergamam melihat keadaan anak. Saya cukup sebak kerana Puteri Intan Sharini pergi dalam keadaan menyayat hati,” katanya.

Mohd Hishamuddin turut memberitahu bahawa kali terakhir dia berhubung dengan mangsa adalah pada minggu lalu ketika anaknya itu memberitahu ingin membeli kelengkapan sekolah.

“Puteri Intan Sharini hubungi saya dan minta saya membeli peralatan sekolah. Saya mengatakan mahu membelinya pada Jumaat ini.

“Puteri Intan Sharini adalah anak sulung daripada empat beradik namun dia tinggal bersama datuknya sejak tiga tahun lalu,” katanya lagi.

Mangsa merupakan seorang pelajar pintar yang pernah meraih Anugerah Cemerlang selama dua tahun berturut-turut di Sekolah Kebangsaan Penghulu Darus, Wang Tepus di Jitra.

Manakala Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian tersebut namun tidak menjelaskan lebih lanjut kerana kejadian tersebut masih lagi dalam siasatan pihaknya.





Sumber : myMetro , Bernama News Channel
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "