Korban Kedua Warga Pelestin Ditembak Regim Zionis Semasa Protes Dijalankan
Dua orang rakyat Palestin terkorban setakat ini selepas ditembak oleh tentera regim Zionis susulan tunjuk perasaan selepas Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak dikepala ketika protes sedang berlangsung.
Penunjuk perasaan warga Palestin bertempur dengan tentera Israel di sepanjang Tebing Barat dengan menyaksikan himpunan bantahan turut dianjurkan di beberapa tempat bermajotiti Islam di seluruh dunia selepas selasai Solat Jumaat semalam.
Walaupun bantahan semakin memuncak, namun jumlah yang turun semalam dianggarkan lebih rendah berbanding pada hari Khamis, hari yang sama pengumuman dibuat oleh Trump.
Lewat Jumaat semalam, tentera regim Zionis sekali lagi bertindak kejam apabila dilaporkan telah mengebom beberapa tempat di Gaza dengan mendakwa sebagai respon terhadap serangan roket yang dilancarkan ke wilayahnya.
Menurut Menteri Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 25 orang tercedera dalam serangan tersebut termasuk 6 orang kanak-kanak.
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dalam pada itu kekal tegas dengan menggesa semua pihak menggunakan saluran diplomasi ketika pertemuan tergempar diadakan bagi mengulangi pendirian bahawa PBB menyokong penyelesaian antara dua buah negara dan menentang pengasingan diplomatik yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat (AS).
Nikolay Mladenov, wakil khas PBB di Timur Tengah berkata tindakan yang diambil oleh Donald Trump telah menjejaskan konsensus yang diertahankan selama ini.
Manakala Farancois Delattre, wakil Perancis di PBB pula berkata, keputusan satu pihak Trump telah melanggar undang-undang antarabangsa dan ''membawa risiko politik dan agama yang tidak boleh diselesaikan''.
Menteri Luar Perancis turut menjelaskan bahawa AS telah mengasingkan dirinya daripada menjadi antara pengantara dalam krisis yang melanda antara Israel dan Palestin yang diusahakan PBB.
Setiusaha Negara AS, Rex Tillerson ketika berusaha mengurangkan ketegangan berkata usaha untuk memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis akan mengambil masa sehingga 2 tahun selain menjelaskan bahawa pengumuman yang dibual oleh Donald Trump tidak akan menganggu kedudukan Baitulmaqdis dalam mana-mana rundingan yang sedang dijalankan.
Dalam pada itu, kenyataan yang dibuat oleh Delattre dinafikan oleh Duta AS di PBB, Nikki Haley yang memberitahu perkara sebaliknya kepada perwakilan PBB.
''AS mempunyai kredibiliti dengan kedua-dua belah pihak. Israel tidak boleh dan sepatutnya tidak boleh menjadi mangsa buli dalam perjanjian yang dibuat oleh PBB atau mana-mana negara yang terbukti tidak mengambil peduli mengenai keselamatan negara Israel'', katanya.
Kontroversi yang timbul bagaimanapun seolah-olah memberi peluang kepada satu lagi kuasa dunia, Rusia melalui Presidennya, Vladimir Putin yang bakal membincangkan isu tersebut ketika pertemuannya dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, salah seoran pemimpin dunia yang paling lantang mengkritik tindakan AS pada Isnin sebelum bertemu dengan Presiden Mesir, Abdel Fateh Al-Sisi minggu berikutnya.
Dengan jangkaan protes akan berterusan dan mengambil tempat di beberapa kawasan lain, Presiden Palestin, Mahmod Abbas dalam pada itu telah membuka rundingan dengan semua pihak termasuk Hamas yang dijangka akan mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada perjanjian damai yang diusahakan AS termasuklah membatalkan pertemuan dengan Naib Presiden AS, Mike Pence yang dilaporkan akan melawat Palestin bulan ini.
Beberapa sumber daripada kerajaan Palestin juga memberitahu bahawa Abbas telah mengarahkan pihak berkuasa Palestin agar mengawal keadaan supaya ketegangan tidak menjadi semakin teruk ditengah-tengah gelombang intifada baru yang semakin memuncak.
Beberapa bantahan turut dijalankan di beberapa negara Islam khususnya di Jordan, Malaysia, Indonesia, Pakistan, Mesir, Lebanon, Iraq dan Afghanistan. Al-Qaeda dan ISIS juga turut berikrar akan melancarkan serangan ke atas kepentingan AS sebagai tindak balas terhadap pengumuman tersebut.
Sheikh Yousef Abu Sneineh ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Aqsa dihadapan jemaah berjumlah 27 ribu orang berkata Baltulmaqdis akan kekal menjadi milik bangsa Arab dan Islam.
''Apa yang kami mahu daripada seluruh pemimpin Arab dan Islam adalah tindakan, bukannya sekadar bantahan di mulut'', katanya lagi.
''Ianya adalah cakap-cakap kosong. Tidak kira apa yang berlaku, kami tahu bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negara Palestin. Mereka (Israel) hanyalah penjajah'', kata Omar, 20, salah seorang jemaah.
Kira-kira 2000 orang lagi berkumpul di sekitar Masjid Al-Aqsa sambil melaungkan bantahan dan slogan ''Dengan darah dan jiwa, kami akan mempertahankan Masji Al-Aqsa dan Baitulmaqdis''.
Sumber : The Guardian
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**
Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
BalasPadam|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0
BalasPadamF4ns Bett1ng Aman dan terpercaya
BalasPadamInfo lebih lanjut : 5ee80afe :)
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877