Sebagai ibu bapa kita memang gemar mengambil gambar anak-anak kita sebagai bahan kenang-kenangan untuk mereka apabila mereka dewasa nanti. Kita pun suka mengayakan anak-anak dengan pakaian mengikut gaya terkini. Terutama anak perempuan, memang laa cantik dan comel aje kita tengok.
Namun dalam keterujaan kita memuatnaik gambar anak-anak kita, ada pihak lain yang sedang menelan air liur melihat telatah anak kita. Mereka itu adalah golongan pedofilia. Mereka ini mempunyai kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak.
Menerusi perkongsian Akhi Fairuz Al-Jengkawi, keterujaan ibu bapa memuat naik gambar anak-anak mereka berkemungkinan boleh menyebabkan anak-anak terdedah kepada risiko bahaya dan jenayah seksual. Semoga perkongsian ini mampu membuat anda mengawal diri daripada memuatnaik gambar anak yang dirasakan mampu menarik minat kumpulan yang berfikiran songsang itu.
Puan, ancaman Pedofilia itu REAL!
Bila seorang rakan fb tag nama saya di posting ini, terus berdebar rasa jantung hati. Tak takutkah si ibu andai gambar anaknya ini disalah guna oleh lelaki syaitan di luar sana?
Lelaki yang ada kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak (pedofilia) akan menjadikan gambar ini sebagai modal imaginasi seks mereka.
Lebih malang andai gambar si kecil disebarkan seluas mungkin di private group kumpulan ini. Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pernah mengulas isu pedofil Mac lepas, berkata :
"Berdasarkan maklumat yang kita perolehi, gambar-gambar ini akan disalurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke dalam laman web kumpulan pedofil."
Saya ikuti satu persatu komen Puan-puan di dalam posting ini. Ada segelintir individu mengambil inisiatif untuk menegur agar dipadamkan segera gambar yang dikongsikan. Ia bakal mengundang risiko yang lebih besar.
Namun ramai ya ampun yang balas komen berkenaan dengan cemuhan dan sindiran. Kata mereka, buat apa sibuk dengan anak orang lain. Kau tak ada duit, memanglah tak mampu beli pakaian branded macam ini.
Tak cukup dengan itu, para supporters memuji tindak tanduk si anak kecil dengan berkata, pandainya beliau possing. Auntie masa kecil dulu berhingus lagi panjat pokok belakang rumah. Seperti biasa, mereka akan tag nama pasangan mereka dan kawan-kawan.
Ya Tuhan! Istighfar Puan-puan.
Saya boleh sahaja PM admin page berkenaan untuk menarik balik posting ini. Atau boleh juga saya PM secara personal ibu kepada anak kecil ini.
Namun saya tidak berbuat demikian. Soal ini bukan melibatkan si ibu dan admin page itu sahaja, tetapi ia melibatkan semua pihak termasuklah Puan-puan yang komen memuji dalam posting berkenaan.
Saya perlu menulis secara umum agar ia menjadi peringatan bersama. Puan-puan tahu tak sex predator ini boleh hadir di mana-mana sahaja. Dalam rumah sendiri, kawasan kejiranan, di sekolah, taman permainan dan lain-lain tempat. Di media sosial apatah lagi. Lebih 'ganas' operasi yang mereka jalankan.
Boleh jadi ada yang cakap, "Anak artis tu ok je pakai bikini kat kolam mandi. Tak ada pun kena rogol atau jadi mangsa pedofil?"
Dah kita nak biarkan anak beliau jadi mangsa cabul atau rogol baru nak buka mata ke? Lagipun mak bapaknya orang berduit. Anaknya dah jadi selebriti, ke sana sini ada bodyguard yang jaga.
Mungkin ada yang tak puas hati lagi akan argue, "Biarlah. Anak dia. Jaga anak sendiri dulu."
Ya betul tu Puan. Memang itu anaknya sendiri. Tetapi kita ni hidup bermasyarakat. Kena saling ingat mengingati. Anak orang lain anak kita juga. Seorang kanak-kanak pernah tonton video lucah, dia akan rosakkan semua kawan dalam kelas.
Seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa pedofil, rasa sakit itu turut dirasai oleh kita semua. Kita sayangkan generasi hari ini. Mereka ni aset negara pada masa depan.
Jika Puan masih berhasrat mengenakan fesyen terkini dengan possing model antarabangsa, teruslah berbuat demikian. Tidak ada masalah. Syaratnya, tidak sebarkan ia ke media sosial.
Namun jika Puan rasa menggeletar mahu upload juga, terpulangla. Risikonya tanggung sendiri.
Tag dan share mesej ini kepada semua. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk kita bersama.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Berpesan-pesan dengan kebaikan.
Sumber - Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadammari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)
F4ns Bett1ng
BalasPadamB0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50
ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
BalasPadammenangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^
Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
BalasPadamKesempatan Menang Lebih Besar,
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||