Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kami Hanya Tahu Selepas Pendedahan Akhbar," Ahli Lembaga Pengarah Felda Tak Tahu Perihal Pindah Milik Tanah

27 Dis 2017
4 ulasan

JOHOR BAHRU: Ahli Lembaga Pengarah Felda tidak dimaklumkan mengenai pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Menurut Samsudin Othman selaku Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, ahli lembaga pengarah hanya diberi taklimat tentang cadangan pembangunan di tanah utama itu oleh pengurusan Felda yang terdahulu.

Beliau menyatakan ini termasuk butiran mengenai kompenan pembangunan termasuk hotel bertingkat yang dapat menjana pendapatan bagi Felda.

"Ahli lembaga pengarah telah memberi kelulusan (untuk projek itu) tetapi kami tidak dimaklumkan mengenai siapa individu di sebaliknya (pemindahan hak Miliz tanah),” kata Samsudin yang dipetik dari laporan mStar Online.

Samsudin merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah agensi itu dan Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) mewakili seramai 112,635 peneroka dari 317 tanah rancangan Felda seluruh negara.

Jelas beliau, mereka tidak tahu individu di sebalik projek pemindahan hak milik tanah selain maklumat berkaitan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) dan kelulusan yang diberikan.

“Pengurusan Felda yang terdahulu tidak telus dalam membuat keputusan perniagaan atau melakukan sesuatu,” jelasnya.

Beliau berkata mereka hanya mengetahui mengenai perjanjian tanah di Jalan Semarak itu daripada laporan akhbar.

Katanya, ahli lembaga pengarah akan membantah projek itu jika ia diketahui lebih awal.

Felda berdepan risiko kehilangan hak ke atas kawasan strategik dianggarkan bernilai lebih RM200 juta di pusat bandar raya berikutan dipercayai berlaku transaksi pindah milik tanah mencurigakan sejak 2015

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "