Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kami Boleh Hancurkan Malaysia Dalam Masa Satu Saat Sahaja," Jews News Lontar 'Amaran' Di Media Sosial

14 Dis 2017

14 Dis - Pengarang portal berita Israel, Jews News, cuba bermain dengan api apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein menyatakan kesediaan untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis dijadikan bahan lawak oleh portal berkenaan.

Lampiran berita berkenaan yang tertera tajuk 'Tentera Malaysia Bersedia Untuk Main Peranan Membantu Muslim Di palestin' disertakan dengan kapsyen ketawa, dengan kenyataan 'Kami boleh hancurkan Malaysia dalam masa satu saat' ternyata mengundang api kemarahan rakyat Malaysia
lalu tercetus perbalahan lidah antara dua negara.


Jelas Engku Shaharin , tentera Zionis Israel hanya berani menyerang rakyat Palestin tetapi takut untuk berhadapan dengan tentera Hamas. "Kau ibarat anak-anak kecil, yang penakut," tulisnya membalas kenyataan persendaan berita berkenaan.

Sementara itu menurut Nur Ant Azalea pula, kenyataan itu seolah-olah memperlihatkan Israel takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.

"Shame on u Israel!!, anda fikir anda boleh hancurkan Malaysia dalam masa satu saat, hanya bermimpi...anda tiada apa-apa tanpa AS, hanya berani dengan anak-anak kecil dan wanita," tegasnya.


Dalam pada itu, warga Pakistan, Abdul Basit Kiyani juga menyatakan tanda sokongannya terhadap tindakan Malaysia itu. "Malaysia tidak keseorangan kerana Pakistan bersama anda, Israel jangan lupa tentang Pakistan, kami boleh hancurkan Israel separuh saat sahaja, datanglah berlawan dengan kami, kami sentiasa bersedia," katanya yang merujuk tajuk berita berkenaan.

Gara-gara kenyataan Abdul basit, seorang penyokong Israel Mazi Samuel O. Ukaegbu meminta beliau agar diam namun sebaliknya dia ditertawakan oleh netizen lain.

Sementara itu, Adilah Ayob Khan pula menzahirkan ucapan terima kasih ke atas Abdul Basit, Terima kasih dari Malaysia, Israel penakut dan tiada apa-apa sebenarnya.

Tambahan lagi, menurut seorang penganut Kristian pula iaitu Oldpoint Wapa menyatakan Iran boleh hancurkan Israel dalam masa beberapa jam sahaja.

Sebelum ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyatakan mereka sentiasa bersiap siaga, menunggu isyarat dan arahan daripada pucuk pimpinan dan payung negara untuk menyumbang peranan sewajarnya dalam isu Baitulmaqdis.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, negara harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung isu berkenaan.

Beliau berkata tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel merupakan tamparan hebat bagi seluruh dunia Islam.

Sumber: Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. manakala rakyat malaysia masih lagi..sedap menghisap ais krim mcd..minum minuman dari nestle dan membeli barangan di tesco..

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "