Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Jangan Kata Nak Ke Kenduri Kahwin, Hari Raya Pun Aku Kena Kerja'', Hidup Sebagai Jururawat Yang Ramai Tak Tahu

28 Dis 2017
2 ulasan

Bekerja di sektor perkhidmatan sememangnya satu cabaran yang besar. Mereka lebih banyak mengorbankan masa untuk memberi khidmat kepada orang lain. Nak mohon cuti lagi la susah, malah ada juga yang bekerja lebih masa. Antaranya menjadi doktor dan jururawat.

Jadi, sebagai orang awam kita kena la faham dengan sistem mereka. Tidak perlu kita untuk mempertikai apabila mereka susah nak cuti ataupun susah nak keluar lepak. Sebabnya, cara mereka bekerja tidak sama dengan cara orang lain bekerja. Contohnya, sistem cuti yang digunapakai untuk jururawat seperti yang dikongsikan oleh Nur Hairieshazlein ini. Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah.

Aku kerja Nurse

Aku kerja shift. Pagi, petang dan malam. Pagi petang shift aku 7 jam. Tapi biasanya tak pernah balik awal la. Malam aku kerja 10 jam 30 minit dan selalunya pun tak balik awal. Seminggu aku kerja, dapat sehari cuti. Panggil HK.

Kerja shift malam ada 2 hari. Lepas kerja malam ada sehari cuti, panggil KM. Setahun aku kerja layak cuti 25 hari, panggil CR. So, nak bagitau kalau aku perlukan cuti panjang, aku kena plan betul-betul penggunaan CR aku.

Lepas kerja 2 malam aku dapat KM sehari, campur HK, dapat cuti 2 hari. Campur dengan aku guna CR 3 hari dapat lah cuti selama 5 hari. Kalau tiap-tiap bulan aku buat macam tu, ambil cuti, nampak gayanya, sampai bulan 8 cuti dah habis. Habis tu, kalau aku EL (Emergency Leave) sebab anak sakit ke macam mana? Nak guna cuti ape? (Untuk pengetahuan, EL tolak CR ye).

Sebab tu lah, jarang-jarang sedara mara nampak muka aku kat kenduri kahwin. Jangan kata kenduri kahwin, sedangkan hari raya pun aku kerja. Cuti raya rotation ye. 2 tahun sekali beraya. Bila aku cuti, aku nak jalan-jalan. Sebab ape? Sebab nak bawak anak-anak aku yang tengah membesar ni melihat suasana sana sini. Kadang-kadang, cuti 2 hari pun aku akan plan jalan-jalan. Sebab bila aku kerja, tinggal anak-anak dengan pengasuh. So, ini adalah cara aku untuk spend masa dengan anak-anak. Lagipun aku kerja duit untuk sape? Anak-anak lah kan.

Sebab tu aku akan apply cuti panjang 3 4 bulan sekali, bukan sebulan sekali. Aku tak pernah kisah pun kalau ada yang nak mengata aku ni susah nak cuti ke ape. Dah memang hakikat kerja nurse hospital yang kerja shift susah nak cuti pun. Plus, yang mengata tu pun bukannya bagi aku duit belanja pun.

Dan selalunya, aku tak pernah kisah pun nak explain waktu kerja, waktu cuti aku kat sesiapa pun. Nak paham, paham. Tak nak paham, sudah. Up to you. Tapi, kau kalau nak menegur ada cara nya. Nak menasihati pun ada cara nya, tapi maaf kata, cara kau salah!

Satu je nak pesan, hati jangan busuk. Jangan sakit hati tengok orang lain bahagia. Terima kasih buat family ku yang faham kerjayaku selama ini.

Aku pun ada life aku.

Sumber : Nur Hairieshazlein
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "