Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shafie, 40, sebaliknya berkata, dia membuat permintaan itu kerana dia takut dosa yang perlu ditanggung apabila orang lain melihatnya dalam keaaan tidak menutup aurat.
Beliau juga memohon maaf jika permintaannya itu diluar kemampuan dan sekiranya ada yang terasa hati dengan permintaan beliau.
"Itu aurat saya, dosa saya. Saya mungkin tiada hak untuk menyekat tetapi dengarlah suara hati saya," katanya
"Saya belum sempurna namun saya takut akan murka Allah daripada murka manusia," tambahnya lagi.
Terdahulu, Noorkhiriah menerusi Instagram miliknya ada meninggalkan komen meminta stesen televisyen tidak lagi mengulang siar drama lakonannya selain perkara berkaitan ketika dia belum menutup aurat.
Bagaimanapun, pelakon drama Bedah Tong Gas ini memadam komen kerana ingin menglakkan salah faham dalam kalangan pengikutnya.
Norkhiriah juga berkata beliau merasa malu melihat penampilan dirinya sebelum ini namun sedar ia adalah satu proses pembelajaran.
"Saya sendiri tengok aurat saya, Masya-Allah kenapalah begitu rupanya tapi bila difikirkan tiada salah tak datang betulnya," ujarnya.
Sebelum ini juga, Noorkhiriah pernah menyuarakan untuk meninggalkan dunia seni dan mengatakan kenyataannya itu satu kesilapan.
Ini kerana, dunia lakonan masih tersemat dalam jiwanya dan apa yang diluahkan sebelum ini datang daripada perasaan kecewa.
"Saya belajar satu perkara jangan buat keputusan ketika dalam keadaan marah dan apabila saya cakap nak berhenti berlakon ia adalah satu kesilapan," katanya lagi
Dalam perkembangan lain, Noorkhiriah berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran darama bersiri Sejadah Untuk Dia yang bakal bersiaran di Astro Oasis bermula 1 Januari Ini.
"Alhamdulillah rezeki Allah itu masih ada buat saya dalam industri. Dapat saya melepaskan rindu hendak kembali berlakon," katanya
"Sejadah Untuk Dia hilangkan kerinduaan kepada sesiapa nak tengok saya dalam drama tu." ujarnya
Sumber: Mstar Online
Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50
BalasPadamAyo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe
DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
BalasPadamdicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)