Iqram Jemput Mufti Wilayah, Dr Zulkifli Al-Bakri Datang Ke Rumahnya
Kelmarin, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengeluarkan satu surat terbuka yang ditujukan khas buat pelakon, Iqram Dinzly.
Antara isi kandungan surat adalah menyentuh keadaan yang sedang dialami oleh Iqram selain turut menjemputnya hadir ke pejabat Mufti Wilayah di Putrajaya untuk mengadakan sesi dialog bagi memahami masalah yang dihadapi pelakon tersebut.
Dr Zulkifli melalui surat terbuka yang sama juga menasihati Iqram agar mendekatkan diri dengan Tuhan selain memperbanyakkan amalam zikir dan membaca Al-Quran.
Hari ini, giliran Iqram pula menjemput Dr Zukifli hadir ke rumahnya di Ipoh, Perak bagi membincangkan secara lebih dekat situasi yang dihadapinya.
Ujar Iqram lagi, jemputan tersebut dibuat kerana dia inginkan ibunya turut serta dalam perbincangan tersebut kerana merasakan ibunya adalah orang yang paling memahami situasi yang dihadapinya sekarang.
"Saya ingin menjemput Dr Zulkifli untuk hadir ke #dinzlystudiotalaqqi (kediamannya) untuk berkongsi rasa dan rahsia bersama bonda tercinta.
"Saya hormat keputusan bonda yang tidak mahu kemana-mana selagi masih dalam idah," ujarnya melalui kemas kini di Instagram.
Terdahulu, perbuatan Iqram yang sering kali berkongsi videonya yang melakukan pelbagai aksi pelik dan berbau lucah mendapat kecaman daripaa netizen.
Malah perubahan fizikalnya yang semakin kurus selain gemar memakai serban hitam besar turut menimbulkan tanda tanya.
Perubahan yang dialami oleh Iqram didakwa ada kaitan dengan tekanan yang dirasainya setelah kehilangan bapa, Allahyarham Saipuddin Ahmad Said, 10 Oktober lalu.
Sumber : mStar
Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadammari coba disini Upd4te Bett1ng (7ACD8560)
F4ns Bett1ng, 4man dan terpercay4
BalasPadamAnda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
BalasPadam|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**