Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Galaxy Note FE Sebagai Telefon Pintar Anda Seterusnya

4 Dis 2017

Kelahiran Semula Hero Flagship- Walaupun Jatuh, Tetap Bangun Semula 


via GIPHY

Samsung menarik semula Galaxy Note 7 daripada pasaran tahun lepas dan menggunakan kembali komponen yang tidak digunapakai bersama penambahbaikkan kualiti untuk menghidupkan semula ke pasaran. Samsung menjenamakan semula peranti tersebut sebagai Galaxy Note FE (Fan Edition).

Persoalan yang mungkin sedang bermain di fikiran anda, adakah Galaxy Note FE ini boleh dibawa naik kapal terbang? Ya, memang tadehal! Bateri yang dimuatkan kedalam Galaxy Note FE perlu melalui 8 peringkat pemeriksaan keselamatan bateri ekstrem dalam memastikan baterinya terjamin.

Barang RARE- Anda Boleh Berbangga Berada Dalam Kelompok Yang Memiliki Galaxy Note FE 



via GIPHY

Menurut Korean Herald, peranti ini laku keras di pasaran Korea dengan kesemua 400,000 unit habis dijual selepas hanya dalam 2 bulan ia dilancarkan. Yang menariknya, Malaysia merupakan negara ke-2 yang menerima peranti tersebut ke pasaran selepas negara Tanah Pagi Tenang.

Ini bermakna peranti ini jatuh dalam golongan barangan limited. Sesuai sangat dengan penggemar barangan rare atau collector tegar. Malah Samsung sendiri menamakan semula peranti ini ke Galaxy Fan Edition, khusus kepada peminat siri Note.

Alternatif Kepada Galaxy Note 8- Mahukan Phablet Berkuasa Tinggi Tapi Tengah Berjimat Cermat


Jika anda ingin membeli Galaxy Note 8. Silakan. Memang tidak dinafikan Galaxy Note 8 merupakan peranti yang sangat dayat. Di muatkan dengan cip pemprosesan paling berkuasa ketika ini, Snapdragon 835/Exynos 8895, skrin AMOLED lengkung, dan sistem dwi-kamera yang berkualiti tinggi.

Tapi jika anda rasakan Galaxy Note 8 adalah ‘too much’, Galaxy Note FE mungkin alternatif terbaik untuk anda. Cuba anda fikirkan sejenak, apa yang ada perlukan untuk telefon pintar semuanya ada pada Galaxy Note FE.

Ianya dikuasakan bersama cip pemprosesan sebelumnya iaitu Exynos 8890. Dari segi prestasi, tidak jauh ketingalan dengan penggantinya. Setakat main game, strim di media sosial seharian memang tak akan ada masalah.

Kameranya juga pada tahun lepas dinobatkan antara kamera paling power dengan saiz aperture f/1.7 yang besar. Setakat nak ambil bokeh yang dah jadi trend sekarang ni, tak perlu pun dwi-kamera kalau pandai guna.

Peranti ini turut memiliki S-pen, pengimbas cap jari, pengimbas iris, dan hadir dengan sokongan kalis air dan habuk IP68. Bayangkan, anda mampu mendapatkan semua ini dengan harga yang lebih rendah.

Jimat- Sekarang Zaman Semua Benda Perlukan Duit, Kena Tahu Kemahuan Mengikut Kemampuan

Ya, tipu lah kalau anda tak fikirkan harga sebelum membeli telefon pintar dengan zaman sekarang ni yang semua harga naik. Maka ramai di antara kita akan meneliti dan terperinci sebelum membeli sesuatu produk dan harga adalah yang pertama menjadi keutamaan. Kecuali anda daripada golongan bangsawan.

Galaxy Note FE dijual pada harga RM 2,599. Penjimatan sebanyak lebih kurang RM 1,500 untuk keluarga Note yang dikeluarkan pada tahun yang sama, banyak tu. Spesifikasi Note FE masih lagi di antara yang terbaik di pasaran dan masih lagi relevan untuk penggemar siri Note. Ianya dilihat sebagai alternatif terbaik kepada Galaxy Note 8.



Dapat 20% Diskaun Tiket Kapal Terbang Jika Anda Membeli Galaxy Note FE Sekarang



Kalau anda beli Galaxy Note FE sekarang, anda berpeluang untuk mendapatkan diskaun sebanyak 20% untuk tiket Air Asia X menerusi program akhir tahun Samsung. Boleh rujuk disini untuk maklumat lanjut.

Malah anda juga boleh mendapatkan rebat harga sehingga RM 200 di kedai rasmi berhampiran dengan mengaktifkan akaun mySamsung. Promosi ini adalah terhad sehingga 31 Disember ini sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, boleh tengok link ini.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 6 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

  4. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  5. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  6. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "