Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Individu Sihat Tidak Perlu Ambil Makanan Tambahan Kesihatan

26 Dis 2017
3 ulasan

ALOR SETAR- "Individu yang sihat tubuh badan dan tiada sebarang masalah kesihatan tidak perlu mengambil makanan tambahan kesihatan (suplemen)", kata Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Jelas Khairul Nizam Mat Nayan, individu yang sihat disarankan tidak mengambil makanan tambahan untuk penjagaan kesihatan berdasarkan diagnosis sendiri semara-mata tanpa mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar terlebih dahulu.

Beliau menjelaskan bahawa pengambilan makanan tambahan yang berlebihan tidak memudaratkan kesihatan dalan tempoh jangka masa yang pendek, namun dibimbangi akan merosakkan organ dalaman dalam jangka masa panjang.

"Contohnya pengambilan vitamin larut lemak seperti A, D, E, K yang berlebihan akan memberikan kesan kepada hati. Sungguh pun vitamin-vitamin ini diperlukan oleh tubuh, ia sebenarnya boleh didapati dengan mudah dan mencukupi daripada makanan semula jadi yang dimakan.

"Sekiranya kita terlalu berlebihan mengambil vitamin tambahan ini, ia akan terkumpul di hati yang lama-kelamaan akan menjadi toksin sehingga menjejaskan fungsi hati," ujarnya.

BERNAMA memetik status dalam Facebook milik Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh, Dr Rafidah Abdullah berkata: "Berlambak di wad yang buah pinggangnya lagi cepat rosak sebab produk macam-macam. Pesakit kronik mohon JANGAN SENTUH produk apa pun!"

Berkongsi pendapat sama, Khairul Nizam berkata, pengambilan makanan tambahan itu secara berlebihan juga boleh membebankan fungsi buah pinggang sekali gus boleh menyebabkan kerosakan organ berkenaan.

"Kebiasaannya suplemen larut air seperti vitamin C dan B yang berlebihan tidak memberikan kesan kerana ia akan dibuang melalui air kencing, tetapi dalam jangka panjang tetap akan terdapat kesan sampingan kerana membebankan buah pinggang dalam memproses vitamin ini untuk dibuang," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pesakit buah pinggang tidak boleh sama sekali mengambil sebarang makanan tambahan yang dijual di pasaran sesuka hati selepas terpengaruh dengan testimoni orang lain melainkan hanya memakan ubat daripada hospital yang dipantau pakar perubatan.

"Jangan mudah percaya dengan testimoni orang lain terhadap keberkesanan sesuatu produk. Bagi pesakit buah pinggang lagilah kena menitikberatkan mengenai kesan buruk mengamalkan suplemen kerana untuk mengelak daripada keadaan mereka bertambah teruk. Buah pinggang telah pun rosak, jangan bebankan lagi buah pinggang kita dengan bahan luar yang bukan-bukan," katanya.

Mengulas lanjut, Pegawai Dietetik itu berkata Kementerian Kesihatan menyarankan pengambilan makanan sihat menerusi 'Malaysian Dietary Guidelines 2010' yang menggariskan 14 mesej penting dengan salah satu mesej ditekankan adalah mengambil pelbagai jenis makanan mengikut piramid makanan.

Khairul Nizam berkata, individu yang sihat tubuh sudah memadai mengamalkan pemakanan seimbang daripada makanan semula jadi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta ikan untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Beliau berkata makanan tambahan kesihatan tidak boleh mengambil alih peranan dan fungsi kepelbagaian makanan yang penting bagi tubuh manusia kerana ia tidak membekalkan zat dan komponen penting yang lengkap seperti yang terdapat dalam makanan semula jadi.

Bagaimanapun, katanya ada beberapa golongan tertentu sahaja yang memerlukan makanan tambahan itu dengan pemantauan daripada pakar perubatan seperti ibu mengandung, warga emas, kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran dan pesakit terlantar dalam jangka masa lama.

"Jika tubuh benar-benar memerlukan makanan tambahan, lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan organik dan semula jadi yang tiada tambahan bahan kimia selain halal.

"Selagi suplemen berkenaan tidak melebihi dos dan mengikut keperluan nutrisi harian kita, ia tidak menjadi masalah. Sebaliknya jika diambil melebihi dos ditetapkan, kemungkinan ia menyebabkan keracunan pada tubuh.

"Jadi, pastikan mendapat nasihat daripada pakar sebelum mengambil sesuatu makanan tambahan, dan paling penting pastikan suplemen itu diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Jangan terlalu obses dengan sesuatu produk yang kita tidak ketahui kandungan nutrisi produk itu," akhirnya.

Sumber- BERNAMA
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la sepak terpercaye di 1ndonesie
    buruan regis..

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "