Sebahagian besar daripada kita menggunakan media sosial untuk tujuan promosi, meluahkan emosi, malah untuk tujuan bergurau senda atau mencetuskan kontroversi, tetapi tidak bagi bapa kepada tiga anak ini.
Iman Wan, 51, bukanlah seorang artis popular yang mempunyai jutaan pengikut atau mendapat ratusan ribu ‘like’ setiap kali membuat posting media sosial, tetapi ada sesuatu yang mampu menarik netizen untuk 'singgah' ke laman Instagramnya.
Gambar-gambar yang telah dimuat naik ke laman Instagram beliau telah menyentuh hati netizen dan beliau seakan menceritakan realiti sebenar kehidupan keluarga yang mempunyai anak autisme.
Apabila melihat gambar dan video anak keduanya, Adam Wan, 16, sama ada dengan sengaja atau tanpa sengaja, ia mampu membuatkan netizen leka, sekali gus mendapat gambaran lebih jelas tentang realiti atau dunia autisme.
Madah atau kata-kata semangat yang dimuat naik untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang autisme, gelagat setiap ahli keluarganya yang sentiasa tenang dan ceria ketika berdepan amukan Adam turut menjadi inspirasi, khususnya buat ibu bapa yang dikurniakan anak syurga ini.
Mereka sekeluarga juga sangat bekerjasama demi memberikan yang terbaik untuk Adam dan akan memastikan Adam mendapat perhatian yang lebih dan tidak terasa diri dia diabaikan keluarga.
Iman memuat naik sebuah video di Instagram menunjukkan di mana beliau dan isteri terpaksa memujuk Adam untuk menggunting rambutnya. Adam kelihatan terbaring di atas lantai dan cuba ditenangkan oleh ayahnya.
Beliau juga pernah menunjukkan bagaimana dapur rumahnya comot gara-gara Adam tiba-tiba naik angin dan mencampakkan mangkuk kari ketika mereka sekeluarga sedang makan.
Iman Wan ketika dihubungi mStar Online berkata laman 'Adamsautismfamily' diwujudkan bagi membolehkan beliau dan keluarga dapat terus berhubung dengan rakan-rakan dan dunia luar.
"Bukan untuk gelak-gelak, buat kontroversi, tulis perkara negatif atau luah perasaan."
"Saya gunakan media sosial untuk prinsip yang saya percaya boleh bawa kebaikan kepada masyarakat, saya cuba buat sesuatu yang lain dan dapat bertahan lama," katanya.
Katanya, sejak Adam disahkan autistik 14 tahun lalu, kehidupan keluarganya berubah sepenuhnya, malah beliau dan isteri, Norhaida Hasan, 44, terpaksa berhenti kerja dan bekerja dari rumah.
Apabila melihat gambar dan video anak keduanya, Adam Wan, 16, sama ada dengan sengaja atau tanpa sengaja, ia mampu membuatkan netizen leka, sekali gus mendapat gambaran lebih jelas tentang realiti atau dunia autisme.
Madah atau kata-kata semangat yang dimuat naik untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang autisme, gelagat setiap ahli keluarganya yang sentiasa tenang dan ceria ketika berdepan amukan Adam turut menjadi inspirasi, khususnya buat ibu bapa yang dikurniakan anak syurga ini.
Mereka sekeluarga juga sangat bekerjasama demi memberikan yang terbaik untuk Adam dan akan memastikan Adam mendapat perhatian yang lebih dan tidak terasa diri dia diabaikan keluarga.
Iman memuat naik sebuah video di Instagram menunjukkan di mana beliau dan isteri terpaksa memujuk Adam untuk menggunting rambutnya. Adam kelihatan terbaring di atas lantai dan cuba ditenangkan oleh ayahnya.
Iman Wan ketika dihubungi mStar Online berkata laman 'Adamsautismfamily' diwujudkan bagi membolehkan beliau dan keluarga dapat terus berhubung dengan rakan-rakan dan dunia luar.
"Saya gunakan media sosial untuk prinsip yang saya percaya boleh bawa kebaikan kepada masyarakat, saya cuba buat sesuatu yang lain dan dapat bertahan lama," katanya.
Katanya, sejak Adam disahkan autistik 14 tahun lalu, kehidupan keluarganya berubah sepenuhnya, malah beliau dan isteri, Norhaida Hasan, 44, terpaksa berhenti kerja dan bekerja dari rumah.
"Dulu kami terkurung dalam dunia dan rumah sendiri, saya hilang ramai kawan.
"Sekarang bila media sosial popular, kami sedar inilah cara untuk kami terus berhubung dengan dunia luar sebab mustahil untuk ibu bapa kepada anak autisme macam kami dapat lepak dan bercerita di kedai mamak lagi," katanya.

Iman juga memuat naik sebuah video menunjukkan kedua-dua tangan beliau yang penuh dengan luka demi memberikan yang terbaik buat anak kesayangannya itu.
Mempunyai dua lagi anak, Arena Wan, 18, dan Aramysara Wan, enam, Iman Wan berkata beliau dan isteri akan menghabiskan 75 peratus masa mereka dalam sehari bagi memberi tumpuan terhadap Adam.
Bercerita lanjut, Iman Wan berkata apabila mempunyai anak autistik, ia akan memberi kesan kepada kehidupan seluruh ahli keluarga.
Jelasnya, beliau semakin aktif memuat naik tentang aktiviti, kerenah dan ragam Adam apabila mendapat reaksi positif daripada orang awam yang tidak pernah dikenalinya, tetapi sangat berminat untuk menyelami dunia autisme.
Berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan, Adam juga dilihat menjadi kesayangan ramai, selain ramai yang terharu melihat ketabahan pasangan suami isteri ini.
"Dulu saya pun malu nak 'upload', takkan kami nak kongsi kekurangan anak kami ketika orang lain berkongsi tentang anak mereka yang pandai belajar.
"Tapi bila ramai yang nak tahu tentang Adam dan realiti hidup kami, saya terus membuat lebih banyak posting," katanya.

Menurut Iman Wan, beliau dan isteri akan merakam aktiviti dan kerenah Adam secara spontan, sebelum rakaman itu disunting dan dimuat naik di Instagram.
Jelasnya, beliau akan memastikan setiap posting mempunyai mesej atau satu gambaran untuk disampaikan kepada masyarakat.

"Contohnya kami dah berjanji dengan seseorang, tapi terpaksa batal sebab Adam tiba-tiba mengamuk. Kami bukan tak bersosial langsung, cuma kadang-kadang kami akan berjumpa dengan orang yang memang 'kenal' Adam atau pilih untuk pergi tempat tertentu sahaja," katanya.
Katanya, ibu bapa perlu mengorbankan kehidupan mereka dan sentiasa berfikiran positif apabila diduga dengan ujian seperti ini.
Beliau juga tidak lupa berkongsi tentang televisyen, telefon bimbit, iPad yang telah banyak menjadi 'mangsa' Adam selain tindakannya menghantukkan kepala di dinding dan mencakar diri sendiri.
"Betulkan minda dan pemikiran, kita boleh mencipta kehidupan terbaik dengan kehadiran anak istimewa ini," katanya.
Menyedari ada individu yang memandang serong terhadap apa yang dilakukannya, beliau menegaskan bahawa apa yang dimuat naik di media sosial bukan bertujuan mendapatkan simpati masyarakat.
"Saya tak minta duit sesiapa, saya tak tunjuk miskin, tak tunjuk saya tak makan atau tak mampu jaga Adam, cuma saya nak orang sedar kehidupan setiap keluarga itu berbeza.

"Tak apa nak mengata saya, itu lumrah media sosial, kalau suka mereka boleh terus ikut," katanya.
Setakat ini Adamsautismfamily mempunyai lebih 10,000 pengikut dengan lebih 900 posting.
Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50
BalasPadamF4ns Bett1ng
BalasPadamB0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50
ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
BalasPadammenangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^
Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
BalasPadamdimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
err... yang si empat Indon ajak berjudi lagi...
BalasPadam