Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Dari Sudut Akhlak, Memang Salah'', Yusuf Azmi Akui Tidak Sanggup Tonton Video Pelik Sahabatnya, Iqram Dinzly

27 Dis 2017
4 ulasan

Umum sudahpun mengetahui perihal seorang pelakon ini, Iqram Dinzly yang baru-baru ini seringkali berkongsi beberapa video dengan aksi-aksi pelik, malah kadang kala berbau lucah di akaun media sosial miliknya.

Sehingga ada yang mendakwa bahawa perubahan yang dialami oleh Iqram dipercayai akibat tekanan perasaan setelah kehilangan bapanya, Muhammad Saipuddin Ahmad Said, 10 Oktober lalu, dan beberapa lagi masalah lain. Iqram kini menetap bersama ibunya di Ipoh, Perak.

Begitupun sahabatnya, Yusuf Azmi yang juga Ketua Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (UTK PPIM) mengakui tidak mengetahui secara tepat punca mengapa Iqram berubah.

"Mungkin dia tertekan dengan kematian bapanya, mungkin juga dia mempunyai sedikit masalah peribadi, yang menyebabkan dia jadi begitu.

"Memang saya sendiri tak tahu mengapa dia jadi begitu," katanya.

Yusuf sendiri juga mengakui bahawa dia tidak sanggup untuk menonton kesemua video yang dimuat naik secara langsung oleh di akaun Instagram milik pelakon tersebut.

"Saya ada tonton video tarian Iqram, tapi (tonton) tak habis, saya tak lalu nak tengok sampai tamat.

"Mungkin dia buat begitu untuk menarik balik pengikutnya di laman sosial," katanya lagi.

Selain berkongsi aksi pelik di media sosial, penampilan luaran Iqram juga berubah apabila dirinya dilihat semakin kurus selain turut mengenakan pakaian hitam yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Yusuf dalam pada itu menasihati Iqram agar memohon maaf secara terbuka kepada peminatnya jika dia menyedari bahawa perilakunya mengguris hati mana-mana pihak.

"Sebagai sahabat, saya nasihatkan Iqram untuk minta maaf sekiranya apa yang dilakukan dibuat dalam keadaan tertekan atau ditujukan kepada seseorang (dalam bentuk protes).

"Dari sudut akhlak, memang salah, jika apa yang dilakukan dibuat untuk tujuan kontroversi, itu tak boleh," katanya lagi.

Sumber : mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "