Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ibu Bapa Perlu Pastikan Anak Kecil Tidak Pakai Lampin Pakai Buang Apabila Mandi Di Kolam Mandi," - Public Health Malaysia

26 Dis 2017

26 Dis - Musim cuti sekolah ini pasti ibu bapa akan mengambil kesempatan ini untuk membawa anak-anak pergi bercuti dan beriadah di tempat-tempat menarik di dalam dan luar negara.

Bagi sebahagian besar rakyat Malaysia, sudah menjadi kebiasaan untuk membawa anak-anak beriadah di kawasan seperti jeram, kolam renang, dan juga taman tema air.

Untuk anak-anak kategori kanak-kanak dan remaja tiada masalah untuk membiarkan mereka mandi dengan bebas dan memakai pakaian yang sesuai.

Namun, bagi ibu bapa yang membawa anak kecil yang masih lagi memakai lampin pakai buang dan juga anak kecil yang tidak sihat, ada beberapa langkah pencegahan yang perlu dititik beratkan oleh ibu bapa.

Menurut laman Facebook rasmi Public Health Malaysia, mereka telah berkongsi beberapa tips pencegahan dan larangan yang perlu ibu bapa utamakan sebelum membawa anak kecil mandi di dalam kolam renang dan taman tema air.

Jom ikuti tips pencegahan ini dan semoga dapat dimanfaat kan untuk hari mendatang.


[PERHATIAN] Jangan Biarkan Anak Mandi Di Kolam Renang Dengan Lampin Pakai Buang.

Cuti sekolah ini pasti ramai ibu bapa yang merancang untuk membawa anak anak bercuti di taman tema air atau berenang di kolam renang.

Berikut, merupakan langkah pencegahan penularan penyakit yang boleh di amalkan.

Rotavirus, virus penyebab penyakit AGE boleh di sebarkan melalui pencemaran kolam renang dengan NAJIS yang mengandungi virus tersebut.

Virus ini amat stabil di persekitaran menyebabkan sesiapa yang termakan, terminum, tersentuh objek yang telah tercemar akan di jangkiti.




Menurut kajian yang di lakukan oleh CDC,60% sampel air dari 160 kolam renang awam mengandungi pencemaran najis serta positif untuk bakteria E. coli.


Berikut Merupakan Langkah Pencegahan Jangkitan Penyakit Di Kolam Renang.

1. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala AGE (cirit, muntah, demam, sakit perut) ke kolam renang.

2. Ibubapa juga dinasihatkan untuk memastikan anak-anak kecil tidak memakai lampin pakai buang apabila mandi di kolam mandi.

3. Lampin pakai buang yang telah digunakan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

4. Orang ramai juga dinasihatkan agar makan makanan dan minum air yang bersih dan selamat.




Penyebaran penyakit berlaku akibat tindakan ibu bapa sendiri yang tidak bertanggungjawab membiarkan anak mandi di dalam kolam renang dengan lampin pakai buang serta tidak mengutamakan kebersihan.

Untuk makluman, terdapat sejenis lampin pakai buang khas yang di gunakan untuk aktiviti berenang.

Ingat, kesihatan tanggungjawab semua. Tindakan sambil lewa anda mungkin mendatangkan bahaya kepada individu lain

Sumber: Public Health Malaysia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng agen jud1 b0la sepak terpercaye di 1ndonesie
    buruan regis..

    BalasPadam
  2. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (F4ns Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "