Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Diberitahu Terdapat Tiga Surat Tidak Dituntut Lalu Meminta Izin Untuk Membuka Dikhuatiri Penting" - Helah Baru Scammer Menyamar Sebagai Kaki Tangan Pos Malaysia

29 Dis 2017

PETALING JAYA: Scammer adalah satu sindiket penipuan yang memperdaya mangsa dengan hanya mahu mengaut keuntungan dengan cara yang tidak bertanggungjawab melalui panggilan palsu.

Sindiket penipuan ini mempunyai empat jenis modus operandi penipuan seperti, penipuan kad kredit, cabutan bertuah, penyamaran pegawai polis dan minta wang tebusan.

Baru-baru ini, scammer dipercayai cuba memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai kakitangan  Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yang ingin memaklumkan mengenai surat yang tidak dituntut.


Menurut seorang jurugambar di agensi berita tempatan, Azian (bukan nama sebenar), 30, mendakwa menerima panggilan daripada kakitangan agensi itu ketika ingin keluar ke tempat kerja.

"Saya diberitahu terdapat tiga keping surat tidak dituntut yang tertera nama dan alamat rumah saya oleh pemanggil yang mendakwa dia seorang pekerja Pos Malaysia.

"Dia kemudian meminta izin untuk membuka 'surat' itu kerana khuatir ia mengandungi perkara penting," katanya.

Tambahnya, dia turut dimaklumkan bahawa surat itu adalah daripada sebuah bank tempatan yang meminta agar dia menjelaskan tunggakan kad kredit berjumlah RM4,765.

Jelasnya, dia seakan-akan percaya dengan panggilan yang dibuat kerana lelaki tersebut mengetahui butiran peribadinya termasuklah nombor kad pengenalan.

"Dia beritahu permohonan kad kredit itu dibuat di cawangan bank tersebut yang terletak di Melaka Raya pada Ogos 2017.

"Saya keliru kerana setahu saya, saya tidak pernah membuat permohonan kad kredit daripada mana-mana bank," jelasnya.

Mangsa juga turut disambungkan panggilan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk bercakap dengan seorang anggota polis berpangkat sarjan iaitu Shahemy Abd Bakar.

Kerana dia dalam perjalanan ke tempat kerja, dia terpaksa memutuskan panggilan berkenaan.

Setelah mendapat nasihat oleh rakan sekerjanya, dia telah membuat laporan di balai polis berhampiran.

"Saya rasa seolah-olah Tuhan memang mahu bantu saya kerana saya tengah dalam keadaan terburu-buru ke tempat kerja ketika panggilan itu dibuat.

"Jika tidak, sudah tentu saya sudah tertipu dengan mereka," katanya.

Sementara itu, Pos Malaysia melalui kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, syarikat itu tidak pernah memberi sebarang kebenaran atau mengarahkan tindakan tersebut untuk dilaksanakan.

"Terdapat beberapa pihak telah meminta data peribadi bagi tujuan memudahcara atau mempercepatkan kiriman barangan (surat) kepada orang awam.

"Kami memohon agar orang awam tidak memberi maklum balas atau mendedahkan data peribadi kepada pihak berkenaan," kata kenyataan itu.

Sumber - mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    pin bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    BalasPadam
  4. salam kenal ya,mari bermain bersama kami di www.fanspoker.com
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam
  5. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "