Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Demi Kepuasan, Wanita Ini Sanggup Berhabis Duit Untuk Lihat Kereta Kesayangan Nampak Lain Dari Lain

27 Dis 2017
4 ulasan

Gara-gara didorong minat dan kepuasan, seseorang sanggup melakukan pelbagai ubah suai terhadap kereta-kereta kesayangannya. Mereka ini juga sanggup berhabis duit agar gaya idamannya menjadi kenyataan.

Namun biasanya kita lihat lelaki yang akan lakukan ubah suai kereta bukan perempuan. Tapi kata orang hobi itu milik semua orang. Jadi tak hairanlah jika sekarang ini wanita juga mampu untuk mempunyai hobi sebegitu.

Mempunyai minat ubah suai kereta bukanlah sesuatu yang asing bagi lelaki tetapi sudah pasti asing bagi seorang wanita. Tapi tidak pada Cik Puan Auni, yang gemar mengubah suai keretanya dari biasa sehingga kelihatan lebih unik. Ikuti perkongsiannya.


Ada yang tanya kenapa laa Auni minat sangat sport car dan makeup kereta unik sangat. Ini jawapannya.

Uools mesti ada hobikan? Ada yang hobi dia kumpul barang makeup, ada yang hobi melancong, ada yang hobi dia suka makan, ada yang hobi pelik jenis suka mengumpat. Tapi hobi Auni ini lain sikit.
Selain makeup muka sendri, Auni suka gila makeup kereta bagi power, bagi cantik bagi unik.

Antara sebab-sebab Auni suka sport car, sebab Auni suka bentuk dia. Tergoda mak. Yang paling best part bunyi ekzos. Meleleh air liur kalau dengar. Ini antara kereta-kereta yang Auni dah beli tunai dari standart.

Dari rim tak ada yelek, warna pun tak menarik, semua Auni tukar buat lain. Makeup bagi cun dan unik. Bila dah tak ada benda nak dimakeup, Auni akan jual dan akan ulang benda yang sama untuk kereta lain. Ini lah hobi Auni.

Auni beli kereta tunai, Auni tak suka hutang sebab ada faedah. Biar kecil ke buruk ke janji tak hutang. Kalau tak mampu atau beban Auni tak beli.

Ini antara kereta-kereta yang Auni dapat kumpul, syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Jangan ingat lelaki saja hobi kereta, perempuan pun ada, sayalah orangnya.


1. Honda Civic FD 2.0 kereta pertama setelah tiga bulan buat bisness beli tunai. Kereta ni asal standart hitam rim tak ada. Ini Auni pasang bodykit Mugen RR, buat cat Firered luar dalam, tukar rim 18. Syok tak kira masa, dah tak ada menda nak makeup Auni jual la, beli kereta baru.


2. BMW 350i kereta kedua, selepas jual Honda FD ini, sama juga Auni buat cat warna Grey Metal, tukar Full Bodykit M3, rim sama 18. Pakai tak lama, ada orang nak beli jual la, beli kereta nombor 3 pulak.


3. Kereta Chevrolet Cruze 1.8, kereta ni asal standart, warna hitam. Auni beli bodykit, beli rim 18 juga. Cat tukar warna kuning sebab minat Transfomer, cantik tak? Kereta ni sedap bawak, syok naik.


Pakai enam bulan, boring la tukar warna biru sebab suka pulak warna macam Subaru Empreza. Kereta ni tak jual lagi. Hmm rasa nak jual juga sebab dah beli kereta yang bawah ni.


4. Ni kereta terkini Auni, Nissan 3.5 Nismo Fairlady Z, sebab apa minat kereta ni? Sebab nama dia sesuai dengan perempuan. Macam Auni, hehehe Fairlady. Kereta ni beli standart juga. Jadi Auni ubah macam dalam gambar. Kereta ni paling banyak habis duit makeup. dari tayar sampai ke cat sampai ke rim sampai ke ezxos sampai keluar lebih 15k untuk makeup sahaja. Tak jual lagi sebab sayang sangat-sangat tapi kalau nak jual nak upgrade ke GTR. Doa-doa kan la kot merasa join Group GTR.


5. Kereta nombor lima, Honda City 1.5 Full Spec, kereta ni beli dan hadiahkan untuk abah tersayang. Tak lupa jasa Ibu dan bah tercinta. Tips murah rezeki jangan kedekut dengan ibu bapa. Doa dan restu mereka sangat penting. Ni lah kereta-kereta Auni dan ni lah hobi Auni.





Sumber - Cik Puan Auni
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam
  4. Untuk mempermudah kamu bermain guys www.fanspoker.com menghadirkan 6 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di www.fanspoker.com
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "