China Buat Pertama Kali Bakal Kendalikan Penerbangan Terus Ke Antartika
Menurut sebuah laporan yang diterbitkan media di China, negara itu dikatakan akan melakukan penerbangan komersial pertama menuju terus ke Antartika yang membawa seramai 22 orang penumpang bertuah ke destinasi pelancongan eksotik hujung minggu ini.
Media China turut menggambarkan bahawa penerbangan tersebut sebagai permulaan era baru industri pelancongan negara Tembok Besar itu. Berdasarkan laporan tersebut lagi, penerbangan tersebut akan mengambil penumpang di Hong Kong sebelum melakukan penerbangan terus ke Antartika.
Ini bermakna penumpang dan pesawat komersial tersebut terpaksa menempun perjalanan selama 15 jam menuju ke Afrika Selatan sebelum mendarat di Cape Town untuk mengisi minyak. Kemudian meneruskan penerbangan selama lebih lima jam sebelum masuk ke ruang udara Antartika. Namun, penumpang perlu menunggu kira-kira 5 hingga 6 jam lagi sebelum benar-benar sampai ke Kutub Selatan, dimana pesawat tersebut akan mendarat di sebuah landasan ais sepanjang 2.5 kilometer (km).
Pengendali agensi pelancongan di China mendakwa ia adalah pencapaian besar kerana pelancong dari China yang ingin ke Kutub Selatan tidak perlu membuat tempahan dengan agensi pelancongan asing lagi.
Sebelum ini, mana-mana pelancong yang berhajat untuk menjejakkan kaki di Antartika akan diurus oleh agensi White Desert yang berpengkalan di Cape Town. Ini mungkin bermakna bahawa pengendali dari China telah bekerjasama dengan White Desert yang sudahpun menjalankan operasi mereka untuk sekian lama di Afrika Sekatan.
Berkunjung ke benua ketujuh tersebut dengan pesawat adalah benda baru dan tidak melanggar sebarang peraturan. Sebelum ini, kebanyakkan pelancong yang tiba disana datang dengan menggunakan perkhimatan bot yang memulakan perjalanan dari wilayah paling selatan Argentina, di Ushuaia.
Satu lagi pilihan yang ditawarkan adalah menjelajah menggunakan laluan bersejarah yang sama digunakan oleh pengembara terkenal lampau seperti Sir Ernest Shack. Perjalanan ini dimulakan dari New Zealand.
''Perjalanan boleh mengambil masa yang lama dan berbeza-beza, boleh jadi 6 hari hingga tiga minggu atau lebih lama," kata jurucakap agensi pelancongan BackTrack Adventures.
Agensi tersebut juga memberitahu pelancong yang berkunjung ke sana datang dengan pelbagai tujuan.
''Ada yang datang bagi memenuhi impian mereka. Ada juga yang datang kerana hidupan liar, tetapi kebanyakkan datang kerana terpesona dengan ais dan landskap yang memukau,'' kata jurucakap tersebut lagi.
Pelancong yang ingin berkunjung ke sana harus membuat tempahan di antara bulan November hingga Mac ketika Antartika mengalami musim panas. Manakala pakej paling murah yang ditawarkan adalah bermula dari USD 5000 (RM 20,365), tetapi pakej tersebut adalah dengan perjalanan bot dari Ushuaia, jadi anda masih perlu mengambil kira kos perjalanan untuk menuju ke Argentina terlebih dahulu.
Dalam pada itu kedantangan pelancong ke Antartika yang sentiasa bertambah menimbulkan kebimbangan kepada komuniti alam sekitar dunia.
Setelah mencatatkan jumlah pelancong tertinggi pada tahun 2007-2008 dengan seramai 46,265 orang, jumlah pelancong turun mendadak untuk tahun berikutnya disebabkan krisis ekonomi global.
Namun jumlah tersebut menunjukkan peningkatan semula untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Pada musim panas yang lepas, jumlah yang direkodkan adalah seramai 44,367 pelawat.
The International Association of Antarctic Tour Operators (IAATO) kemudian ditubuhkan bagi mengawal selia industri pelancongan di Antartika dengan cara mempromosi pelancongan selamat dan bertanggungjawab terhadap semua pelancong yang tiba. Pertubuhan tersebut dianggotai lebih daripada 50 negara yang mentadbir benua ketujuh tersebut.
''Masih ada ruang untuk pelancong datang ke sana, namun jumlahnya harus dikawal,'' kata Amanda Lynnes, wakil kepada IAATO.
Salah satu pemantau yang dibuat adalah dimana tidak dibenarkan lebih daripada 100 orang di mana-mana bahagian pantai di Antartika pada satu-satu masa.
Namun pemerhati melihat langkah China mempromosikan pelancongan ke Antartika melalui operator tempatan juga ada kaitan dengan strategi geopolitikal negara tersebut.
''Ia sangat simbolik dan memberi gambaran yang lebih besar di mana Kerajaan China menunjukkan minat yang semakin bertambah dalam urusan Antartika,'' kata Dr Nengye Liu, daru Universiti Adelaide.
Sejak 2003 lagi, China telah menyenaraikan Antartika sebagai sebahagian daripada sempadan baru strategik negara itu. Dan itu bermakna mereka ada keinginan yang kuat untuk menjadi sebahagian daripada pihak yang mentadbir dan menentukan masa depan Antartika.
Sumber : BBC
Kalah melulu main di agen lain?
BalasPadammari coba disini F4ns Bett1ng (5ee80afe) ^^
Promo www.Fanspoker.com :
BalasPadam- Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
- Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
- Bonus Referal 20% Seumur Hidup
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
Promo www.Fanspoker.com :
BalasPadam- Bonus Freechips 5.000 - 10.000 setiap hari (1 hari dibagikan 1 kali) hanya dengan minimal deposit 50.000 dan minimal deposit 100.000 ke atas
- Bonus Cashback 0.5% Setiap Senin
- Bonus Referal 20% Seumur Hidup
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||